:: Sural Al-Ikhlas vs Mahligai ::

Entri ini adalah daripada penceritaan sahabat seuniversiti mama… berdasarkan pengalamannya berurusan dengan klien. Terima kasih Rema Rahayu atas perkongsian pengalaman…

Insiden ini terjadi kepada salah seorang kliennya. Klien itu merupakan seorang usahawan yang berpangkat Dato’. Beliau pernah ‘collapse’ akibat serangan jantung… dalam beberapa saat yg dirasakan oleh penghuni dunia, beliau tersedar sedang berada diawang-awangan. Di alam lain. Gambarannya seperti berada di cakerawala. Beliau nampak sebuah istana yang sangat indah. Dan bertaburan batu-batu permata… sungguh indah dan mengasyikkan, sehingga beliau merasakan seolah tidak mahu pulang ke dunia fana – alam yang nyata beliau berada. Namun,  Allah hanya mahu menunjukkan kepadanya sebentar cuma. Barangkali umurnya masih panjang, dan Allah ingin memberi sedikit ‘view’ hasil ganjaran yang pernah diusahakan semasa hayatnya. Hanya beliau dan Allah sahaja yang mengetahuinya… Dato’ ini akhirnya berjaya ‘dibangunkan’ oleh paramedik… 

MasyaAllah… Tabarakallah… tiap titisan usaha manusia akan diberikan ganjaran pahala, cuma kita tidak pernah ditunjukkan bentuk fizikal pahala tersebut. Kita cuma percaya bahawa dosa & pahala wujud sebagai salah satu elemen ghaib. Kepercayaan ini menandakan aras iman kita kepada Yang Maha Kuasa….  

Lantas mama terfikir….. tatkala terlintas satu ceramah tentang amalan berzikir dengan surah Al-Ikhlas.. berdasarkan carian di Internet, terdapat hadis tentang zikir surah Al-Ikhlas…

Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.”  (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas)

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”  (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Jika ingin dikaitkan amalan zikir surah Al-Ikhlas ini, ganjarannya mahligai dan istana… ehmm… dan berdasarkan pengalaman klien sahabat mama tadi… nampak kesinambungannya…

Subhanallah..

MasyaAllah… Nikmat yg bagaimanakah yg engkau ingin dustakan….

Advertisements

~ by Zarina on May 11, 2017.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: