:: Si Simple Minded ::

image

Budak ni sangat sempoi… rajinnya tak seberapa….mainnya yang banyak…bola, basikal.. tuisyen sekolah pun kadang2 lupa nak pergi… tuisyen tambahan memang tak hantar… dapat 5A utk UPSR, Mumtaz utk PSRA  serta 8A UPKK…

Pada mama, jika cikgu disekolah sudah memberikan yang terbaik, kenapa cikgu yang sama juga memberi tuisyen berbayar? Gaji cikgu bukan kah dah nak sama level dengan gaji pensyarah universiti (maaf jika ada yang terasa)?

Tapi munkin mama kena ubah persepsi tidak mahu hantar anak ke tuisyen. Kerana faktor persaingan yang tinggi, teknik menjawab yang sempurna, keperluan kepada keputusan yang cemerlang untuk masuk sekolah berprestasi tinggi… mama terpaksa akur… anak2 sekarang perlukan tuisyen, tak kira home tuisyen atau private tuisyen.

Apa pun, tahniah buat si ‘simple minded’ ini. Tunggu, smartphone yang diminta, akan mama lunaskan. Tapi bajet mama yang biasa2 ja… itu pun mama simpan duit berdikit2….

Mama ingat lagi dulu masa belajar kat uni… ada jiran bertanya, sekolah mana? Arwah mak cakap, ‘ntah la sekolah apa tah, dekat penang sana tu’… sampai kesudah orang tak tahu mama belajar kat USM… bila dapat keputusan peperiksaan, arwah mak akan suruh berbisik ditelinganya… tak perlu kecoh dan kepoh 1 kampung hanya utk keputusan penilaian darjah 5 5A dan SRP 8A…  sekolah kampung je pun
..

Anak, jadilah insan yang membawa kebaikan di dunia dah akhirat. Apa guna keputusan duniamu cantik dan indah jika tidak tahu mandikan jenazah mama & babah, tiada sedekah kepada mama & babah selepas kami tiada… tak mengapa jika kamu biasa2 di dunia tapi kamu luar biasa disana nanti….

Tapi bagus juga jika ‘belajar biasa2, result luar biasa’…

~ by Zarina on November 17, 2015.

2 Responses to “:: Si Simple Minded ::”

  1. masyaAllah….. mabrrroookkkk Abid !!! that’s why people says… don’t think clear water no buaya… kekekeke….
    but i loooiiikkkkkeeee “belajar biasa2, result luar biasa”

    • Keh keh keh…unexpected…. ingatkan, best pon boleh 4A… we did not put high expectation but till the end, Zainul put some effort to guide him… mama cuma tukang beli buku…hahaha…tak nyempat lah…kalo sempat, mama mark..dan kalo markah tak bagus, apa lagi, kena bebel lah….Anyway, rezeki dia …kecik2 dah dapat HP… kita tunggu kerja baru nak beli…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: