:: Jodohnya Si Carlo ::

Sudah lebih 14 tahun mama punya purse ini… Setiap kali hendak gantikan, terasa membazir sementelah masih boleh digunakan… Alah, sekadar hendak mengisi duit dan kad… biarlah mama guna si Carlo Rino ini…

Nah! Isnin lepas si Carlo ini dicopek dari dalam bag… seharian tidak menggunakan duit, maka tidaklah mama buka dan mencari Carlo.. Ini kali kedua. Tahun 2008, pernah dicuri dari dalam rumah aka dirompak… Tapi pencurinya hanya dambakan rm… si Carlo tidaklah cantik mana untuk dibuat hadiah …maka ditinggalkan carlo bersama isi selain duit ditepi pagar rumah.

Insiden copekan carlo berlaku tanpa sedar sehingga kepetang… Mama cuma sedar tatkala hendak mengambil wang untuk membeli ayam…. Memandangkan isi ‘rm’nya kurang 100, tidaklah terkilan sangat. Cuma, kad bank, kad kredit, ic, lesen dan mykid anak2 membuatkan mama sedikit gusar..

Allah, tiada daya rasa, lalu mama memohon kpd Allah supaya ditemukan kembali dengan si Carlo… Mama pergi semula ke dewan, tempat terakhir mama tinggalkan beg… Idura menemankan mama, mencari, mengintai malah menyelongkar tong sampah… mama minta staf2 yang menjaga dewan untuk mencari bersama. Mama mohon kepada cleaner utk pulangkan jika jumpa.. Teringat pesanan seorang sahabat tentang doa amalan untuk kes2 seperti ini. Supaya dikembalikan (apa jua)… Doanya ialah sebahagiam daripada ayat ke 39, surah al-kahfi…

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تُرَن أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

masyaAllahu la quwwataillabillah”…

Makanya, inilah usaha terakakhir mama selepas membuat laporan polis dan memeriksa di pejabat polis bantuan uitm, sebelum membuat kad pengenalan baru… Rasanya lebih 3000 kali mama mengulangi doa ini.

Selepas 2 hari, staf dewan menelifon mama, nyata mereka menemui si Carlo terselit diatas susunan kerusi yang paling bawah semasa mereka mengemas kawasan dewan.

MasyaAllah… Subhanallah… Alhamdulillah… Ya, apa yg mama harapkan dikembalikan, tiada yang kurang.. Awal2 lagi mama halalkan duit yang tak seberapa yg diambil… Ambillah, gunalah, tak mahu mama panjangkan ke sana nanti… Allahu Allah…. “maka nikmat yg manakah yang engkau dustakan?” image

image

Nota: Pengajaran dari insiden ini ialah:

1. Dengarlah kata hati… Sebenarnya, sebelum meninggalkan beg dibelakang pentas, terlintas dihati, “eh, kang orang ambil…” tapi hati juga menjawab ” mana ada orang kat sini”…kata hati selalunya betul..

2. Fotostat semua mykid anak dan bawa yang fotostat sahaja…yang original simpan kat rumah

~ by Zarina on February 13, 2015.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: