:: Perbandingan Yang Kurang Adil ::

image

Bubur gandum

Asalnya cuma kisah bubur gandum… Ya, kecil-kecil dulu kerap juga arwah emak buat bubur gandum kerana harganya murah.

Baru-baru ini mama masak bubur gandum… Mahu berkongsi rasa dengan anak2, terutamanya Iyad yang gemarkan bubur.

Mama tanya babah, ok ke rasanya… Babah yang kurang gemar akan bubur, agaknya tidak mahu mama kecil hati lalu berkata ‘jika dicampur jagung, munkin lebih sedap’

Ehemmm… Mama faham lalu kami ‘berbincang’ tentang perbandingan rasa antara bubur gandum dan bubur gandum + jagung…

Tidak adil rasanya dibuat perbandingan diantara hidangan di depan mata dengan hidangan yang belum ada …

Pernah mama masak kari burung puyuh… Dan feedback yang mama terima (bukan dari babah) ialah ‘jika dimasak masam manis munkin lebih sedap’

Tatkala berseorangan, mama berfikir, bagaimana kaedahnya hendak membandingkan kari dan masak masam manis? Keduanya mempunyai rasa yang berbeza… Sungguh, perbandingan ini kurang adil..

**Nota – moralnya, kadangkala kita ingin berlapik dalam memberi komen tapi selalunya ia bukan jalan terbaik.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on January 12, 2015.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: