:: Tabahkan Hati-hati Mereka ::

image

Salah satu buku tulisan kak yati yang dikirimkan ke pintu rumah mama tak lama dulu…

Dalam seminggu kebelakangan ini, satu per satu berita mengejutkan yang menggempar suasana di fakulti… Mana tidaknya, sudah 3 orang staf aka rakan sepejabat mama diserang kanser (stage 4)… Paling mengejutkan, isteri rakan se’department’ juga baru diketahui menghidap kanser payudara stage 4… Kansernya sudah pecah… Allah hu Allah…

Derma kilat pertama melebihi rm25k berjaya dikumpulkan dalam masa seminggu. Derma ini bagi membantu salah seorang staf ini untuk ke Guangzhou, agar dapat menjalani rawatan alternatif disana.

Minggu ini, satu lagi derma kilat dilancarkan untuk Kak Yati… Isteri rakan se’department’ mama.. tidak pasti lagi keputusan apakah yang bakal diambil, kutipan tetap juga dibuat… Dengarnya, keadaan kak yati agak teruk….

Rohayati Bakri aka kak yati, sangat baik orangnya… Dia menulis beberapa buah buku cerita islamik kanak2… Pernah dulu, dia titipkan buku tulisannya di pintu rumah… Barangkali kerana mama cakap yang anak2 suka bukunya… (ditulis dalam entri https://abidwaliyad.wordpress.com/2012/05/14/mothers-day-treat/)

MasyaAllah… Sesungguhnya Allah tidak akan turunkan ujian kepada hambanya yang tidak mampu menanggungnya. Allah lebih mengetahui hambaNya..

Seorang lagi officemate mama, juga dipanggil kak yati… Telah membuat treatment di Guangzhou… Dan akan ke sana sekali lagi untuk treatment imunisasi… Khabarnya, hasil treatment di situ memberikan hasil yang positif…

Ya Allah, berikan kekuatan kepada mereka yang tabah ini… Bukan mudah mengharungi penyakit ini, apatah lagi ia juga melibatkan emosi… Ya Allah, kurniakan apa jua yang terbaik untuk mereka ini.

Hanya doa yang mampu mama titipkan kepada mereka. Semoga mereka kembali sihat… InsyaAllah..

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on December 18, 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: