:: Bila Mama & Geng Berjualan ::

JA0

Jualan Amal CTN 2014

15-16 Disember baru ni department mama buat jualan amal (churp churp… Mama le pengarah projek…kekeke). Hasil jualan akan disalurkan ke Gaza dan juga rumah orang tua di Puchong….

JA6
Pandangan dari tingkat atas

JA5

Kalau ada anugerah, inilah calon terbaik…sebab sangat pandai menarik customer…

Hasil jualan daripada Jualan Amal tahun lepas sebanyak rm5k lebih telah disalurkan ke Yayasan Ghazali, Rumah anak yatim & surau fakulti. Sambutan dari pelajar aka pembeli agak memberansangkan..

Kali ini, derma pakaian dari staf tidak begitu banyak… Tapi rakan2 yg bukan staf juga mendermakan pakaian terpakai mereka.. selain pakaian, buku, permainan dan barang2 rumah juga didermakan.

Barang2 ini kemudian dijual pada hari jualan…

JA2

Barang peralatan/perkakasan dapur paling mendapat sambutan hangat…

Ada juga kawan2 yang menjual makanan. Anak2 mereka membantu… Selain belajar komunikasi, mereka juga belajar asas matematik bila berurusan dengan wang.

JA7

Pizza pizza…sambil mengajar anak berniaga, dapat juga membantu baker ibu tunggal memasarkan pizza… Alhamdulillah

JA1

Nasi lemak, cookies, sandwich…. Good Job!

Bilangan sasaran pembeli jatuh merudum kali ni memandangkan ramai pelajar yg dipindahkan ke kampus PFI…

Yang untung besar ialah cleaner- si bibik… Banyak lah mereka angkut pakaian cantik lagi murah…

Jangkaan hasil pada awalnya tidak melebihi rm5k. Namun, Allah maha berkuasa… Ramai pula yang menderma rm, walaupun tidak diminta… Setakat ini hasil jualan sahaja hampir rm4.5k.. Derma pula hampir 1.5k.

Alhamdulillah, lebihan pakaian akan disalurkan kpd ngo yang berkeperluan. Perkakasan rumah pula akan dijual ke cash conveter. Manakala buku akan didermakan ke perpustakaan mais dan akhir sekali majalah akan dijual ke pusat kitar semula.

JA1

Menci tul buat thumb up (sbb dah macam mereka yg attend kursus MLM / Bisness) dah… tapi camerawoman suh gak …

JA4

Alahai anak2… seronok sapat set komik conan… ok baca sampai habis, tahun depan kita jual ya!

JA3

One of the best parts is mama dapat belajar crocheting from anak kak ita…

JA8

Crocheted brooch… love this!!

Semoga Allah tambahkan rezeki mereka yang menderma pakaian, barang rumah, buku dan majalah. Juga semoga Allah mempermudahkan segala urusan insan yang mendermakan wang ringgitnya.. kepada ‘hamba Allah’ tersebut, terima kasih Kak Ina ucapkan…. Terima kasih juga kepada pelajar master yang membantu menjaga booth.. Tanpa anda, mahu patah juga kaki seketariat yang masing2 agak kurang kudratnya….

Teringat seorang pelajar tersebut bertanya mama…

xx: Madam, ade tak org cakap kat madam?

mama: Cakap ape?

xx: Muka madam dari tepi, macam Catriana Ross….

mama: Erkk….

(Kekekek…. ok lah .. ok lah.. cat pun cat lah… ok, saya belanja kamu baju.. take few clothes, saya bayar….)

Alhamdulillah… 2 hari sudah berlalu…

Ingatlah,  barangan ditangan atau simpanan kita bukan rezeki hakiki kita, tapi yg disedekahkan itulah merupakan rezeki kita kerana pahalanya sudah dilakar didalam buku catatan. Hatta barang tersebut terjual dgn harga rm1….

InsyaAllah lepas ini mama akan bawa anak2 ke rumah orang tua utk disalurkan dana hasil jualan… Kita pergi ramai2 dengan bas uitm (jika dapat kelulusan) Moga mereka beroleh sesuatu dari pengalaman ini nanti…

**************************************************************

Nota: Dalam berpeluh2 mencari dana untuk disalurkan kpd mereka yg berkeperluan ini, kadangkala rasa ‘poyo’ bila melihat insan yg bermewahan saban tahun melancong ke luar negara… Ya, bersangka baik wahai hati… Itu rezeki mereka.. bak kata pepatah – hasil dari ‘menjemput rezeki’ …

Nota2 : cuba lihat didalam wardrobe anda, berapa banyak pakaian yg tidak dipakai? Berapa banyak pinggan mangkuk yang menjadi hiasan? Andaikata anda pergi dulu sebelum sempat menggunakan barang2 ini, apa mau dijawab diatas pembaziran ini? Wallahualam… Fikir-kanlah semula…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on December 17, 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: