:: Kepingan Terakhir ::

image

Bag kolostomi, stoma paste dan stoma powder… Stoma paste sudah disedekahkan kepada pesakit lain di hospital…

Tinggal ini sahaja untuk amani gunakan … Selepas hampir 3 tahun menggunakan beg kolostomi.

image

Alhamdulillah… budak baik yang sangat kuat dan tabah orangnya….MasyaAllah

Alhamdulillah, tanggal 18 Nov 2014, amani memasuki dewan bedah – harapnya buat kali terakhir, untuk prosedur penutupan stoma. Hampir 3.5 jam menunggu diluar, amani dibawa keluar dari bilik bedah sambil mengamuk….

Alhamdulillah, Amani tak perlu.ke picu yang sudah ditempah awal2 … Bacaan spo2 amani sangat baik…
Hampir tidak percaya bila melihat spo2 amani.mencecah 100% kerana keadaan paru2 amani dulu yang dikatakan kronik dan collapse yg berpanjangan…
Alhamdulillah, amani tidak perlukan morfin selepas dibawa ke wad…

Alhamdulillah, amani tidak meraung kesakitan walaupun kita tahu memang sakit…

Alhamdulillah amani hanya demam ringan pada hari ke2 selepas pembedahan….

Alhamdulillah amani buang air besar melalui anus yang dibuat april lepas selepas 48 jam lepas pembedahan…. dan

alhamdulillah kerana luka pembedahan tiada infeksi…

image

Luka bekas pembedahan selepas 3 hari… Alhamdulillah tiada jangkitan…

Ya Allah, moga perjalanan hidup amani selepas ini dipermudahkan.. Mama tahu, bukan senang untuk melalui ranjau2 yang akan datang bersama amani, namun kemudahan yg dirasakan selama ini merupakan rahmat Allah untuk mama, kerana mama sedang memelihara bunga syurga…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 21, 2014.

5 Responses to “:: Kepingan Terakhir ::”

  1. Alhamdulillah… lil fighter! love you sayang….

  2. allhamdulillah kak.. semogga amani sihat sentiasa…

  3. Alhamdulillah…anak saya pun sama seperti amani..lahir tanpa lubang dubur dan masalah jantung berlubang..
    Sekarang alhamdulillah dah ok..dah melalui semua proses pembedahan..
    Cuma minta share pasal pemakanan amani..sebab sekarang anak saya selalu sembelit..susah sangat nak berak terpaksa guna ravene enema..

    • Amani masih makan mushy food… everything perlu diblend… So, kira untuk umur 3 tahun, dia agak kurang makanan solid. Cuma, susunya saya baru tukar kpd pediasure. Sebelum ni Peptamen Jr – sangat bagus utk yg punya masalah usus sebab ‘peptid-based’… tapi kurang bagus utk poket …400gm paling murah boleh dapat $68… Nutren Jr juga bagus cuma lately, najis amani berketul… Lepas guna Pediasure, alhamdulillah, najisnya makin ok. So, kena tengok jenis susu jugak ….

      • Ok..terima kasih banyak2..
        saya terlepas pandang pasal susu formula tu..sekarang Qaisara minum Anmum Essential..
        Insyaa Allah saya cuba tengokkan susu pulak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: