:: Bila Sudah Terjebak…. ::

Haaahhhh….Sudahh…. Bila dah terjebak dengan drama Korea… Dah lama tak tengok dan tak ambil tahu tentang drama Korea ni… Alih2 satu hari terjebak dengan drama “Who Are You” dekat rumah Kak Jah… Ahhh, disua pulak dengan softcopy oleh kakak Fatihah…

Drama Korea ni, once dah terjebak, tak boleh lari… tak seperti drama Indonesia atau drama Melayu… Tambah pulak bila genre yang sedikit berbeza… “Who are you” ni, genre misteri + komedi + cinta ringan… Kepala tak berat memikirkan konspirasi dan hantunya tidak menakutkan… Mama memang tak suka filem seram, apatah lagi korea punya… tak kuasa nak terkejut2 ni….

Who_Are_You_-_Korean_Drama-p2

Dah habis semua episode… janji dalam hati…that’s it! Taknak dah tgk cite korea… Alih2 tertengok pulak drama kat TV.. bukan tertengok tapi ter’glance’ sahaja cerita “Boys Over Flower”.. Rasa macam pernah tengok tapi awat pelakonnya lain… Dek curios punya pasal, cari kat youtube…ehhhh… Betul dah tengok tahun 2005 dulu…. Tapi yang itu versi Taiwan.. Tajuknya “Meteor Garden”… Season I dan II … oppsss sorry ar, memang takleh beza Taiwan ngan Korea… Dulu siap beli CD lagi…. Hati meruntun nak tengok perbezaannya… Dahhhh terjebak lagi…

BoysOverFlowers-p2                           Meteor_Garden

Overall, versi korea more ‘comedy-based”… paling best tengok Jan Di terajang Jun Pyo.. Teruknya mama.. Theme song, best lagi yang Taiwan… Original version – Japan… haaa takmau tengok dah… no no no….

Bila buka youtube, maka keluarlah cerita2 lain yang berkenaan dengan pelakon BOF ni… ternampak lah pulak “Playful Kiss” .. Kim Hyung Joon… Tak dapat tidak…. walaupun dah cuba melarikan diri…terjebak lagi… Mama, please behave yourself!!!!

Mischievous_Kiss-p1

Ni drama romantic-komedi paling ringan yang mama pernah tonton… Kalau cerita melayu “Love You Mr Arrogant” pun agak berat…. Playful Kiss ringan dan tak banyak dialog…

Basically, one thing yang menyebabkan mama terjebak dengan drama Korea ni ialah – walaupun kita tak faham bahasa dia, ekspressi wajah yang dirunjukkan cukup untuk kita faham apa didalam hati… (tapi untuk watak Seoung Jo, tak dapat jugak nak menelah, sampai ke episode 13)

Ok, that’s it ya mama! No more drama Korea buat masa ni…Take 5 dulu…. Tapi .. ada tapi lagi nih… jatuh cinta pulak dengan lagu Because I am Stupid… poor Ji Hoo (BOF)… sedih je wataknya…

Revisited : But the list kept growing up: Emergency Couple, The Heirs, Secret Garden, Flower Boy Ramen Shop, Prime Minister and I, My Love From The Star, Master’s Sun, Goong (Princess Hour), I Hear Your Voice… Mak ehhh banyaknya mama buang masa….

~ by Zarina on September 9, 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: