:: Dilation Process ::

image

hegar dilator

Alhamdulillah, luka pembedahan ( Posterior Sagittal Anorectoplasty (PSARP)) amani suhah hampir 100% kering walaupun benang masih belum tanggal sepenuhnya.

Selepas 2 minggu, proses dilation perlu dibuat, untuk memastikan lubang anus yang baru dibuat tidak menyempit atau tertutup. Analoginya seperti jika kita menindik telinga, perlu diletakkan sesuatu seperti lidi atau subang supaya lubang tindikan tidak tertutup.

Besi hegar…. mempunyai beberapa saiz berbeza, paling kecil saiz 9. Awalnya, cuak juga untuk ‘dilate’, tp selepas doktor ajar, ehmmm, not that difficult… Some more, amani sudah beberapa kali meneran untuk mengeluarkan mukus yg terkumpul didalam ususnya. Ironinya, mama tahu usus besar amani bekerja dan berfungsi…

Besi ini ditempah khas dari Tunas Strategik Sdn Berhad. Ia diimport dari Pakistan, harganya mampu dibeli… Beberapa tahun yang lepas, proses dilation dibuat menggunakan lilin tapi pernah ada kes lilin patah…jadi digantikan dengan besi.

Disebabkan besi ini boleh di’reuse’, maka mama sudah bertekad untuk memberikannya kepada baby khaleely, insyaAllah..

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on April 25, 2014.

23 Responses to “:: Dilation Process ::”

  1. Ngeri juga kak tengok besi tu tapi since Zarina kata ok, in sha Allah ok la tu. Harap2 raya tahun ni Amani dah boleh popo mcm kawan2 yg lain. Go Amani go!!

    • Ahahaha…. dah buat banyak kali, ok lah…amani pun rilex je…mula2 ngeri gaks…

  2. Bila next operation nak tutup lubang di perut pulak?

  3. Terharunya kami selaku Umie dan Abah Khaleely….temujanji pakar bulan April lepas tidak berlaku dan insyaAllah kami bertekad membawa khaleely ke Pakar Pembedahan Kanak-kanak d Kota Kinabalu utk dirujuk pada bulan Jun nanti….

    • Jika sudah masuk 6 kg, boleh aje buat PSARP… Cuma mungkin bergantung kepada kepakaran di hospital… InsyaAllah, baby Khaleely tentu akan melaluinya dengan mudah…

  4. Boleh x wassup@sms sy utk share mslh sy sm seperti anak puan…..0125990612

  5. Assalamulaikum akak….
    saya mama Qisya…baru jumpe blog akak..dah lame saya cari…amani sihat?

    • Salam… Amani alhamdulillah…ade hingus sikit2… dok monitor juga takut kena lung infection lagi… Qisya umur berapa?

      • salam…ank sy same mcm ank puan..colostomy..nk tanye. besi yg utk cucuk anus 2 hspitl ade sdiakn atau kita kene cari sdiri

      • ank sy skrg dh 3bln brt7kg…tp smpai slrg tak bleh buat lg fluroskopi sbbb mesin rosak…jd lambat la

      • Owh besi hegar tu, biasanya kena beli tapi jika ada masalah, mungkin hospital boleh pinjamkan. Saya beli, 2 saiz dalam 1 batang berharga rm80… biasanya ada 6 size – 3 batang… Pihak hospital akan berikan nombor contact untuk dapatkan besi tersebut… Anyway, jika kerja dengan kerajaan, sebarang pembelian peralatan perubatan boleh di’claim’… Hospital mana ya?

  6. Hsptal usm k.krian..kalau mcm beg kolostomi tu bleh claim ke…beg colostomi utk baby ssh nk dpt…phk hsptal pun xde tlg pun utk sy dptkan bag tu…bleh tak puan bg contact utk sy beli besi hegar tu…

    • Alahai, siannya… baby nape kena on colostomy? Ada problem usus ke? Ke, sama kes mcm amani – anorectal malformation? Saya beli bag kolostomi kat Medichem System Sdn Bhd. Kat Batu Caves. Bank in duit (sekotak rm2017 – postage free), then call person in-chanrge. Esoknya derang poskan… Cuba call Pn Faridah (0123167464). Nanti dia bagi detail untuk order. Janganla pakai pampers, takut nanti infection. So far Dansac Stoma Bag ni yg paling sesuai utk baby…

      Uth besi hegar tu, saya order dari Tunas Strategis Sdn Bhd. Call Mr Francis (0123738682). InsyaAllah dia boleh uruskan penghantaran.

      All medical tools dan equipment, termasuk besi hegar dan beg kolostomi boleh claim kalau kerja kerajaan. In fact, dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009, ada kolum khas untuk beg kolostomi. Asalkan dr pakar sign, lansung takde masalah… InsyaAllah…

      • anak sy same ngn amani..anorectal malfomation…luse insyaallah akn buat fluroskopi…time kasoh byk2 akak info yg akak bg…beg kolostomi satu ktl rm2017 ye…ade brp kpg dlm tu..bag kolostomi yg tu biase tkr brp jam skali or bleh cuci

      • besi hegar kene bli brp btg ye? kne bli utk smua saiz ye…

      • Eh, sekotak rm207…silap taip… ada 30 keping… kalo bocor tukarlah..paling lama dlm 3-5 hari…. kalo baby dah lasak, mmg kerap kena tukar… cuci pula, bila ada najis, boleh je cuci… atau setiap kali tukar pampers, cuci beg sekali…

        Besi hegar tu sebatang ada 2 size… paling kecil saiz 9-10 …. amani sekarang saiz 14..dah maximum.. insyaAllah hope to opt next month..

        Boleh je beli sebatang2…. eh, apa2, contact la whatsapp akak… 0173119525

  7. Sbb ssh nk dpt beg kolostomi,sy gna pmpers je…rumit la ckit..

  8. Salam..sya nk tau mana nk dptkan besi hegar ni..anak sya same case mcmni..now guna lilin but susah and takut patah..merata dh cari tp xdak jual..blh tlg sya..bgtau hrga sekali please …

    • Salam…
      Uth besi hegar tu, saya order dari Tunas Strategis Sdn Bhd. Call Mr Francis (0123738682). InsyaAllah dia boleh uruskan penghantaran. Sebatang harga rm80….

  9. As salam..kalau nak yang harga berpatutan..ade kedai peralatan perbuatan di Subang Jaya..SS15..berhadapan SJMC..

    • Ok terima kasih.. selalu juga beli ryles tube dan suction tube kat area situ… cuma besi heagar saja beli from tunas strategik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: