:: Bayi & Kolostomi ::

8 April 2014 – merupakan tarikh yang dijadualkan untuk pembedahan amani. Hari ni 4 April, Amani perlu dimasukkan ke wad untuk pemerhatian menyeluruh – paru-paru, jantung , darah, nutrien dan beberapa lagi… Sudah lebih 2 tahun amani membesar dengan kolostomi kerana amani lahir dengan anorectal malformation atau improferate anus – lubang anus tidak terbentuk. Usus besar amani dikeluarkan disebelah kiri perutnya, dan itulah dipanggil kolostomi. Jika usus kecil yang dikeluarkan, ianya dipanggil ileostomy.

wpid-IMAG2070.jpg

Stoma tanpa beg kolostomi

 

wpid-IMAG0309.jpg

Barang penjagaan asan kolostomi. Stoma paste juga diperlukan tapi tak ada dalam gambar

 

Penjagaan kolostomi tidaklah susah, namun pada awalnya agak menakutkan juga… Antara implikasi yang pernah berlaku pada kolostomi amani ialah:

– Berdarah – tak perlu risau, tekankan gauze beberapa minit pada stoma, darah akan berhenti

– Kulit sekitar stoma luka – sapukan krim zinc dibahagian kulit yang mungkin terdedah dengan najis, yang boleh sebabkan luka.

– Kulit sekitar stoma merah – pastikan stomahesive powder ditabur nipis di sekeliling stoma sebelum memasang beg stoma

– Stoma prolapse, iaitu bahagian dalam stoma terkeluar seperti buasir. Ini terjadi kerana tekanan kuat seperti batuk tidak berhenti. Berdasarkan pengalaman, tiada masalah. Stoma akan kembali normal bila tiada lagi tekanan terhadapnya.

– Jangkitan dibawah kulit – seperti bisul … mula-mula bahagia tersebut merah dan panas…lama kelamaan ia membengkak dan membentuk seperti bisul. Ia terjadi kerana jangkitan kuman..  Perlu dirujuk ke hospital.

Selain dari yang atas, takde masalah lain,  kecuali cirit-birit dan sembelit.

Allahu Allah… Rasa semakin berdebar pula memikirkan operation untuk membuat lubang anus amani. Takut, resah, risau dan juga sedikit perasaan lega…lega kerana penantian yang begitu lama, insyaAllah akan tiba ke penghujungnya. Namun penghujung penantian ini merupakan satu permulaan kepada episod baru. Jika sebelum ini mama cuma perlu penjagaan stoma, tapi selepas ni perlu tambah penjagaan bahagian anus pula… Dengarnya, penjagaan lubang anus lebih sukar dari penjagaan stoma… Ia menakutkan, namun mama kena juga menghadapinya, demi seorang anak istimewa ini….

Ya Allah, Engkau permudahkanlah bagiku…

wpid-IMAG2681.jpg

Inilah budaknya yang membesar selama 2 tahun lebih dengan beg kolostomi di perutnya…

~ by Zarina on April 4, 2014.

33 Responses to “:: Bayi & Kolostomi ::”

  1. salam…sy nak mencari kolostomi beg untuk baby sy.. kat mana ada jual

    • Boleh beli online dari Medichem System Sdn Bhd…
      Cuba call Pn Faridah (0123167464)
      Brand Dansac, sesuai untuk baby….

  2. salam…boleh share x kolostomi beg utk baby blh beli kat mn ye? sy dah lama cr tp xjumpa..skg sy guna gauze je tutup stoma baby sy smpi kulitnya melecet teruk..stiap kali tukar mngis tengok baby sy ksakitan..tq ats pkongsian ni…

  3. Ank sy hafidz ada ileostomy..umur bru 25 hari..sekarg dh blh blk umh..kt ppum jgk pesakit prof yik..akak camne ni kesian la time tukar beg die..nagis kuat sgt..sakit ke die time tukar tu..lg pun sy masih bru lg..kongsi pegalamn skit kak..

    • Oooo ileostomy ni kat usus kecil kan… susah sikit nak manage sebab najis sangat cair, kan? Amani bawah Prof thamby… Hospital ade bekalkan ileostomy care tak? Mungkin sama ja kot… stomahesive powder, stoma paste…

  4. salam kulit ank sy jd merah sekitar colostomy.ada tak ubat yg blh kurangkan luka 2 selain zinc oxide.kesian sy tgk anak saya setiap kali tukar msti nangis

  5. salam..anak sy 29 januari ni bru genap 1 bulan..2hb januari anak sy di bedah untuk buat kolostomi..skg ni klu ank sya menangis stoma dia berdarah..anak puan mcm tu jg ke?anak puan ambik berapa lama untuk sembuh stoma tu?

    • Salam…ada juga ketika menangis stoma berdarah… sebab tekanan.. sekejap aje nak sembuh, rasanya dalam seminggu gitu… biasanya berdarah sekejap je, lepas tu akan berhenti sendiri.. kalau berlarutan berdarahnya, bawa jumpa doktor ya!

  6. salam… sya pun nak kongsi pgalam. anak saya skg umur 8 buln. dah wat stoma dan tggu pggilan tuk wat pembedahan anus lagi.
    skg stoma anak saya selalu berdarah. shingakan najis dalm bag stomanya warna kehitaman sbb darah selalu kluar.

    • Jika darah tu keluar from permukaan kulit stoma, then it should be ok…cuba check. Tapi kalau keluar bersama2 najis, takut ia pendarahan didalam usus… yg tu, refer kat doktor….

  7. As salam.. nak tanya krim zinc tu beli kat mana ya.. sebab stoma powder x jalan la…. untuk ayah saya laa.. tqvm

  8. Assalamualaikum, nk tnya ank puan dh buat lubang dubur ke?atau msih pkai stoma lg?ank sy dh 3 bln..in sha Allah bln 10 operate tutup stoma…nk tnya puan bg susu cmpur or bf spnuhnya??

    • Salam…..Alhamdulillah dah hampir setahun tutup stoma dan buang air besar melalui anus …Susu – the first 2 years susu ibu tapi tak ekslusif la….

      • salam.kak.anak akak da buat lubang anus.ke
        anak.saya dijangka buat lubang anus pada bln april.ni
        tetati buat masa.ni hnya gunakan.lubang dubur dia yg kecik
        saya nak.tnya beberapa soalan blh akak wasap saya 0149649310

  9. salam kak.saya pon ada anak yang takde lubang dubur.bleh add wassap saya? kot2 bleh share tips dan ilmu.thanks
    013-9635609

  10. slm hi sya dr sabah.ank sya pn kes sama jg.ank ke 4/pmpn…tp salur najis dia sambung ngn salur kencing.dan lg special ny ank sya d kurnia kn 1 ginjal shj…
    umur 3hr wat colostomy.
    8bln wat lubang dubur…
    lps tu kerja bertambah la kena jaga colostomy n lubang dubur…skg ni syg guna saiz 9
    in shaa allah klu da spi size 12 tutup colostomy.mmg normal ke luka d tepi usus dia tu kena najis…susa jg nk jga..colostomy bag pula terhad tk semua farmasi ada jual.sekotak rm240…mmg berat jg tp bkorban la tuk ank kn.kesian bg pki gauze…abis ruam perut dia..

    • InsyaAllah, she will be okay… bila luka anus dah kering, takde masalah penjagaan sangat..

      • Salam pn, mcmna keadaan stoma yg sudah sesuai utk pakai bag ya? Anak sy baru op 28/6/16 yg lalu so masuk hari ni baru 11 hari berstoma. Jahitan masih ada. Stomanya pula masi basah sedikit n kdg berdarah sikit. Mohon jwpan dr pn yg bpengelaman🙂

      • Ehmm, berdasarkan pengalaman, lepas pembedahan pun doktor dah pakaikan stoma bag.. tapi biarkan lubang stoma bag besar sedikit dari saiz stoma anak, supaya tidak berlaku pergeseran… stoma memang akan sentiasa basah…berdarah juga normal… jika sudah dipakaikan stoma bag, jika berdarah, akan berhenti sendiri…

    • Salam pn, sy dr sabah juga. Anak baru buat stoma 28/6/16 yg lalu. Di mana pn beli stoma bag tu kalau d sabah? Sy ada tanya d kedai health care d alamesra tp tiada pula size baby/budak. Skrg baby bruam juga pakai gauze😦

    • Salam, sy dr sabah juga. Boleh tau d mana kamu beli colostomy bag tu? Setakat ni sy call beberapa farmasi n health care store d kota kinabalu tiada yg jual bag tu. Anak sy baru op 28/6/16 yg lalu. Kesian beruam gara2 pakai gauze.

      • Saya beli dari Medi Chem Sysytem Sdn Berhad… cuba call 03-6188 8811, cakap dengan cindy… mereka boleh uruskan penghantaran secara pos.. harga (sebelum ini) sekotak (30 keping) rm260, jenama Dansac.. sangat bagus kualitinya…

  11. As salam..ank sy ada stoma sjk lahir..insyaAllah awal bulan 10 ni nl opret ntuk tebuk lubang dubur..sy nak tnya ada x tips pnjagaan lps opret tebuk lubang dubur ni?

    • Salam…owh, lepas opt ya… Nanti nurse akan bekalkan antiseptik utk basuh kawasan opt… itu aje…tunggu lepas sebulan atau sampai luka kering, nanti doktor akan ajar cara dilate lubang anus (spy tak tertutup).. insyaAllah, tak susah nak menjaganya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: