:: Kelo oh Kelo ::

 

 

Orang jawa memanggilnya kelo… Org utara pula memanggil munggai… Orang India panggil murunggai… Bahasa saintifiknya ialah moringa..

Dah lama mama mencari anak atau keratan pokok kelo ni… Bila teringin, setiap hari kita nampak pokok ni di tepi jalan…tapi yang orang punya lah…adoyaiiii…

Nak buat apa dengan kelo ni? Mama terjumpa banyak website herba dan artikel tentang kebaikan kelo. Biasanya orang Melayu hanya pandai makan kacangnya sahaja… Sedangkan keseluruhan pokoknya mempunyai nutrisi lengkap, sehingga menjadi sumber makanan tambahan kepada kanak2 di Afrika Selatan tatkala musim kebuluran dan kemarau melanda.

Wah! Hebatnya. Bahkan di Indonesia, kelo menjadi salah satu herba yang dikomersilkan untuk penyakit diabetis…ehmm… Bukan calang2 pokok nih!

image

Misi mencari benih kelo dijalankan setiap minggu. Minggu lepas kami merentas jalan ke sijangkang. Di tepi jalan banyak betul pokok kelo yang ditanam oleh petani (malas nak ckp bangsa apa) … Gerai2 sayur tak pula dijual pucuk kelo. Maka mama singgahlah di kedai2 sayur, sambil meminta sedikit batang kelo ditepi kedai mereka…mak ai, nak cakap kede*** kang marah pula. Tapi jawapan tipikal yg diberikan ialah..oh itu bukan saya punya…huh…takpelah, takde rezeki mama…

Akhirnya dapat juga anak pokok kelo, nun jauhnya dari Pulau Indah… Rentetan melawat pulau indah minggu lepas… Bukan takat anak pokok, batang kelo pun banyak diberi oleh pekerja nurseri tu…wah, mama seronok, pekerja tu pun seronok sebab mama bagi duit sikit…. Ok, lepas ni mama nak semai banyak2 dan berikan kpd kawan2 yang nak…elok kita kongsi benda yang baik…

image

Misi mama lepas ni, memasukkan pucuk kelo dalam meal amani, kerana kelo kaya dgn asid amino….

image

Basic ingredients dalam food amani.. depend on apa yg available..

image

macam comel je…macam comel je…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on February 15, 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: