:: Jangan Mengukur Kehidupan Orang Lain ::

Nota : Entri ini bukan bertujuan mengeluh… sekadar untuk mengajak insan yang mengenali mama agar lebih memahami. Atas sebab tertentu, bukan untuk membuka pekung didada. Mungkin juga menjadi panduan jika anda berurusan dengan keluarga yang mempunyai anak istimewa..

Anak normal seusia amani sudah pun mampu berlari kesana kemari. Mereka juga tahu meminta itu ini. Susu juga mampu disebut sendiri… mungkin siibu akan penat mengejar untuk dipakaikan baju dan diaper..

Amani, jika tidak didudukkan, terlentanglah dia disitu. Jika ada yang menarik perhatiannya, dia akan bergulingan…jika didudukkan, perlu ada seseorang untuk memantau. Kerana jika amani lenguh, dia akan merengek…ataupun menjatuhkan dirinya kebelakang.

Susu pula, mama kena ‘estimate’ masanya. Kadangkala 3 jam, adakala menjangkau 4 jam. Jika 6 jam pun amani tidak akan meraung meminta susu… masa menyusu, mama perlu pegang botol. Tidak berani mama lepaskan tanggungjawab ini kepada orang lain, selain babah dan pengasuh…. takut amani tersedak.

Jika malam mama tidak bangun, maka tidak menyusulah amani. Tambahan, jika menggunakan cpap, amani sangat nyenyak…

Amani tidak tahan panas, amani tak suka ubat, amani tak suka mashy food yang terlalu cair atau pekat, amani tak suka makanan terlebih manis….banyak yang mama belajar hanya melalui pemerhatian, kerana amani hanya pandai ‘da’ ‘da’ ‘da’….

Waktu paling kalut ialah waktu pagi…rutin jika amani batuk berkahak, nebulizer, fisio dan suction… kemudian berikan suplimen, cuci atau tukar beg stoma, mandikan dan siapkan amani, sambil massage apa yang patut. Dah lama mama tak buat sarapan untuk anak2 lain semasa hari berkerja. Alhamdulillah along selalu buatkan teh ‘o’… dan pandai pulak angah abid  dan achik iyad cecah biskut lemak…

Sambil berlari2 uruskan amani, makanannya juga perlu disediakan…sayur, bijian, ubi, ikan atau ayam…distim dan diblend…

Justeru itu…. janganlah terasa hati jika mama tidak memasak sedap2 dan memanggil anda datang makan dirumah, atau menghantarnya kepada anda..

Janganlah tertanya2, kenapa mama tak datang ke majlis jika dijemput…

Janganlah hairan sangat jika mama lambat ke pejabat…dan kadangkala pulang awal…

Janganlah ingat yang bukan2 jika mama diam memencilkan diri, dan tidak bertanyakan khabar anda, keluarga atau khabar anak kecil anda…

Hidup mama sudah cukup ‘penuh’ sejak lahirnya amani. Lihatlah persekitaran rumah mama….rumput pun tak sempat dicabut…lalang pulak semakin bermaharajalela… hobi berkebun sudah agak lama dilupakan…

Sesungguhnya anda tidak tahu bagaimana kehidupan mama, kerana anda tidak melaluinya. Sebagai seorang ibu, mama cuma mengharapkan anda faham, tidak perlu kesiankan mama.. kerana Allah punya perancangan yang maha hebat, tiada siapa pun mengetahuinya…

~ by Zarina on February 9, 2014.

6 Responses to “:: Jangan Mengukur Kehidupan Orang Lain ::”

  1. Salam ina. Sabar lah…dan berbahagialah kerana ina dan keluarga telah di pilih ole Nya. Jgn dipeduli kn gangguan luar asalkan suami ina, anak2 dan keluarga terdekat memahami ina. Dan maaf kn jua kami sahabat2 mu andai kami kurang bertanya khabar…walau sepi di luaran…di hati kami…dlm doa kami sentiasa utk ina..amani dan seluruh keluarga.
    Berbahagia lah wahai keluarga Zainol…hanya Allah yg mampu membalas kesabaran semua.

    • Eh biah, lama kita tak berhubungan… biah sihat ke? Alhamdulillah, amani semakin riang dan membesar… senyuman manisnya cukup untuk mengubat hati kami sekeluarga… Tak apa biah, doa yang Allah paling suka ialah doa kepada org, yang mana orang itu tidak mengtahuinya. InsyaAllah malaikat2 juga akan mendoakan biah, untuk doa biah terhadap amani…🙂

  2. Faham sgt perasaan Zarina. Dugaan kak & mummies yg lain x sehebat dugaan yg Zarina lalui sbb tu maqam Zarina lebih hebat & tinggi drp maqam kami. In sha Allah, Amani akan membesar spt anak2 yg lain juga walaupun lambat progressnya. Kak doakan yg terbaik utk Zarina sekeluarga.

    • Alahai akak… mana ade maqam2 utk org biasa macam kita nih… sama je kak…masing2 diduga berlaina caranya… dan dugaan itu sesungguhnya membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan, kecualilah jika kita asyik mengeluh…eh, entry saya kat atas tu tak mengeluh tau!

  3. hai mama amani…. 🙂 mama suha syg mama amani & amani!🙂 we r same!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: