:: Sunyi ::

image

sunyinya hari ini…

Selalunya, jika mama sampai pukul 10 am, parking sudah penuh… Tapi hari ni, sungguh sunyi…. Tiba-tiba, rasa kesayuan menusuk di dalam lubuk sanubari… Ya, dengan rakan-rakan inilah kita berjuang dalam kerjaya… makan bersama, bejimba bersama ( jangan lupa ya, kita pernah ke Ikea waktu lunch hour), bersedih bersama…. mesyuarat, berbengkel, ber’retreat’… dan sebagainya,,,

Mulai hari ini, parking ini akan terus kosong… Hati mula kosong memikirkan ramai yg dipindahkan ke kampus PFI… ramai ke Jasin…. ada yang ke Seremban… Ada yang suka, namun pastinya ramai yang terpaksa-rela…

Rakan-rakanku, mama tahu, perjuangan awal disana tentu menyukarkan. Ada yang terpaksa meninggalkan anak dan keluarga… berulang alik secara mingguan. Jika bernasib baik, pasangan mendapat kerja berdekatan. Namun jika berumur lebih 40 tahun, tentu sukar mendapat kerja baru…. Allah, moga dipermudahkan segala urusan kalian semua.

Perjuangan kalian semua pasti terbalas juga suatu hari nanti. Manisnya tentu akan dikecapi, kerana Allah itu maha sempurna perancanganNya… Doakan mama disini agar dapat mengejar KPI yang sekarang ini seperti berada di awang-awangan….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on February 3, 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: