:: Moh Jalan ::

Lama betul mama dan keluarga tak jalan-jalan. Mau kemana ya? Cer teka…cer teka… ahaks! Mana lagi, tempat paling sesuai untuk cenonet si amani… Cameron Highland. Membesar dalam hospital, amani sangat suka tempat sejuk. Tidur pun ber’aircond’… Tengoklah, amani dah berani duduk sendiri, walopon bergoyang2…

image

Amani dah boleh duduk … yeay!

Apa best sangat ke CH ni? Best jugak….rasanya semua ceruk mama dah pegi…paling thrill ialah mossy jungle…sebab jalannya sangat cerun dan sangat tajam selekohnya. Sekali cukuplah…

37593_1480156478423_4990379_n

Mossy jungle…

So, kali ni, kita jalan cari makan je. Durian, sup panas, satay..best makan panas2…Sedap ke durian kat CH? Sama je, cuma rasa macam aiskrim durian sebab isinya sejuk. Strawberry coklat. Rasanya dekat rm50 habis untuk strawberry coklat saja. Paling best mkn dekat kampung Sedia… Restoran Opah. Sempoi je orangnya. Strawberry banyak dah habis masa cuti panjang hari tu…so tak dapatla nak mkn hasil petikan sendiri…

image

Kedai strawberry Opah..

Rezeki kali ni, cuaca agak sejuk… Mama suka tinggal di kawasan pekan di Brinchang. Sejuk kali ni, 14 degree… brrrrr….. Plan nak duduk di homestay kampung Sedia tapi call asyik tak berangkat…akhirnya duk kat tempat biasa, Rossa Passadenna…murah jugak, rm250 untuk 4 orang…dekat pasar malam dan ada beberapa restoran melayu..

Tengoklah background kat Kea Farm, kabus tebal walaupun dah pukul 10 pagi…

image

Sejuk 14 deg masa ni….

Ok…ada beberapa tips jika mahukan perjalanan lancar di CH.. sebabnya, jika silap percaturan, kita akan stuck dalam jem, terutamanya jika hendak ke Kea Farm atau ke pekan Brinchang pada lewat petang hari cuti kerana terdapat pasar malam.

*Jika hendak membeli sayur di Kea Farm, pastikan anda sampai awal pagi…pukul 9 kira just nice. Sebab masa ni pelancong masih melepak di hotel atau bersarapan pagi.

*Jika anda tinggal di pekan Brinchang, tak usahlah keluar lepas asar. Kerana jalan pulangnya nanti sangat jem, dan susah hendak parking walopon parking hotel.

*Jika hendak membeli jagung mutiara yang benar2 manis, carilah hasil CH. Saiznya lebih kecil, kulitnya lembut tapi mahal sikit. Biasanya 6 atau 7 tongkol berharga rm10. Yang bersaiz besar datangnya dari Ipoh.. memang murah tapi tak manis lansung, sedangkan sampel yg diberi rasanya manis. Begitu juga strawberi, hasil CH isinya agak lembut dan tak tahan lama.

* Jika hendak membeli brokoli atau bunga kobis, cari yang bentuknya seperti menggerutu, tak cantik. Itu produk tempatan, rasanya lebih sedap daripada produk komersial (yang diimport)…

*Jika hendak mencari cendawan, berbagai jenis boleh didapati di sconer…kat sini terdapat restoran mualaf, lokasi antara pekan brinchang dan kea farm. Kat sini juga dijual yakon…sejenis ubi berupa keledek, berasa seperti sengkuang, sangat berair, rangup dan manis..

Apa pun, hajat nak petik sayur tak tercapai sebab tak jumpa. Maka terpaksa juga petik kat gerai…

Moh kita jamu mata dengan bunga2an di CH….

~ by Zarina on January 19, 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: