:: Coq Badak Kaya Antioksidan ::

Kesian tengok keledek berwarna warni bergelimpangan dalam peti ais… Niat beli untuk masukkan dalam makanan amani. Siap beli yang organik lagi. Tapi kesian juga amani kembung bila mkn keledek…

Keledek purple keras sikit… nak digoreng kurang sedap… mama perasan semua sayur atau ubi berwarna purple agak keras…contoh karet, keledek, brokoli dan kentang…kentang pun ada kaler purple..sekilo rm6.90…

Warna purple memberikan kandungan antioksidan yang tinggi. Bagus untuk melawan penyakit…

Oklah, mari kita mecucur badakkan keledek2 ini…

Masa kecil2 dulu, kakak2 selalu merungut bila buat coq badak…susah nak menjadi kulitnya…sebenarnya, untuk mudah membentuk kulitnya, mesti ditambah tepung ubi…

Untuk kulit, rebus keledek sampai lembut. Mama letak garam sikut…utk bangkit rasa lemak, bukan utk masin.

image

Atas keledek oren, kulit pink, bawah keledek oren kulit oren…

image

Dah siap rebus

image

keledek lenyek, tepung gandum, tepung ubi (dalam 2 sudu besar)

image

Dah siap jadi doh….

Untuk inti, blend cili kering, serai, udang kering atau geragau, jintan manis, bawang merah dan putih… Tumiskan semua bahan blend sampai naik minyak. Masukkan kelapa parut. Kacau sebati. Perasakan dengan gula, garam dan asam. Biar lebih sikit masin dan manis. Boleh juga tambah udang segar. Done!

image

Faveret abid nih…boleh makan begitu saja…

Ubi tadi dilenyek. Campurkan tepung gandum dan sedikit tepung ubi. Uli sehingga jadi doh yg tidak melekat.

Lepas tu pandai2lah nak buat bentuk apa… tapi takat ni takde pulak jumpa bentuk badak..

Jika nak kurangkan kos letrik, boleh je ditumbuk bahan2 kisar tadi…maklumlah, tarif letrik dah naik…

Pastu, goreng dan ngap… kesimpulannya, coq badak lebih sedap guna keledek oren…warna pun cantik. Kedek perple buatkan coq badak jadi hitam mcm cokodok….

image

Coq badak kegemaran keluarga

Selamat Mencuba…..

~ by Zarina on January 1, 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: