:: Bila Mama :'( ::

Sejak semalam berdebar, sebabnya mama diberitahu akan dipanggil untuk proses audit dalam. Ia perkara biasa, dan biasa juga untuk rasa berdebar… Apa lah yang hendak ditanya nanti… Semua akan berdebar bila terlibat dengan audit, apatah lagi audit luar. Jika kita silap, ia akan mencalarkan keseluruhan reputasi organisasi..Aduh! Sungguh menakutkan….

Hari ni menunggu…. Waktu rehat, mama keluar dengan bff… seronok berborak, sambil makan donut… hilang sekejap debaran tu.. Isu perbincangan biasa, dari hati ke hati…

“Sahabatku, kita semua manusia… Ada saja ujian, cabaran atau dugaan… InsyaAllah, mama doakan sahabat ini menemui jalan keluar .. atau pun menemui sinar dihujung sana, munkin jauh namun berusahalah.. InsyaAllah, kesabaranmu itu akan berbayar juga suatu hari nanti.. Kita sama-sama doakan jalannya tidak berliku dan tidak terlalu jauh untuk menggapai sinar itu”

Hampir habis waktu rehat, telefon berdering… Haaa, kan dah kena panggil … Okey, mama datang… Bff cakap jangan lupa zikir… eheheh

Baru nak masuk bilik mesyuarat, pengasuh amani telefon…
“Puan, hari ni amani kurang selera… makan kurang, minum pun kurang… pagi tadi cikgu cakap badan amani panas sikit…”

Debaran mama bertambah2… “Gini puan, saya ada kerja sikit ni, nanti saya amnil amani awal.. kalau dia tak mahu susu, harap puan dapat suapkan dia air kosong”

Bercampur baur perasaan mama pada masa tu… Tersenyum auditor tengok mama tercungap … ya, naik tangga ke tingkat-3, dengan debaran dan kecelaruan yang bertimpa bila mendengar amani kurang sihat…

Auditnya, ringkas sahaja… Sekejap sudah selesai… Hilanglah semua debaran itu..

Perasaan lain mula mengambil tempat… Sedih… Tiba2 mama rasa sangat-sangat sedih…

Ya Allah, apa lagi yang hambaMu perlu lakukan? Amani kurang sihat dan aku tidak dapat menjaganya sepenuh masa? Ya Allah, tunjukilah kaedah atau jalan yang betul supaya aku dapat membesarkan Amani dengan sempurna, supaya Amani menjadi makin sihat, bukan makin mengecil seperti sekarang…

Ya Allah, sungguh, aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan…

Sudah lama air mata tidak mengalir…hari ini, ia mengalir laju….

~ by Zarina on November 27, 2013.

2 Responses to “:: Bila Mama :'( ::”

  1. Ya Allah..kuatkan hati hamba ini Ya Allah..bantulah dia sentiasa..kasihanilah dia sentiasa..

  2. salam sis..boleh pm saya dalam email? saya baru dikurnia anak ds. need ur support😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: