:: 360 degree::

Lama tak update abidwaliyad…sejak discgarge sebulan lepas… amani discharge dengan mesin cpap. Mama kena pakaikan kat amani bila tidur malam..

Alhamdulillah, amani semakin sihat sejak keluar hospital. Mama dah jadi macam nurse sekarang. Kalut betul pagi2… kena buat fisio amani pastu suction. Lepas tu, bagi antibiotik via nebulizer. Setiap hari amani kena ambil domperidone, omiprazole, amikacin, iron, folic acid..selang sehari kena ambil ubat utk paru2. Banyak kan?

Namun lepas amani buat ct scan 2 minggu lepas, batuk amani semakin teruk. Kahak datang kembali. Amani alah dengan ubat tidur midazolam. Hydrocloric pulak tak beri kesan tidur. Dr gantikan dengan ubat alergi, kesannya ialah ngantuk. Nak buat ct scan, amani kena tidur. Namun, kesannya ialah amani tidur sampai 9 jam!

Namun, bila mama join group natural remedi kat fb, mama rasa perlu berbuat sesuatu utk kukuhkan antibodi amani. Lepas berjumpa doktor kadir kat kl hari tu, mama buat keputusan untuk beralih arah kepada integrative medicine. Dr kadir adalah doktor medical yang mengamalkan integrative medicine.

No more drugs for amani….ni more antibiotik….

Inilah antara ambilan amani setiap hari…

image

Extra virgin magnesium oil, VCO, buckwheat, millet, prebiotic al-manna, quinoa, manuka honey, chia seed..

InsyaAllah sehari dua ni chlorella yang mama order akan sampai… setiap hari mama akan buatkan mashy food yg terdiri daripada millet, quinoa, pumpkin, chia seed dan any green vegi atau beet root…all organic… agak costly, but at least mama have tried the best to give the best…

image

butternut pumkin tu sedap betul..

kadang2 bulkwheat join the group. Ha, warna meal ikut sayur yg diguna…dark purple sebab guna purple carrot…

image

Haaa dah macam sambal belacan terlebih belacan…

Bila guna beet root, macam nilah jadinya..,,,

image

The ‘comel’lest makhluk in the world…apa tengok2?

. Supplemen yang lain ialah:
– virgin magnesium oil (kdg2 buat massage)
– virgin coconut oil
– madu manuka (with high manuka factor)
– probiotik dan prebiotik al manna
– chlorella (belum start)

Fisio memang mama buat tiap hari utk longgarkan kahak. Sekarang dah mula switch kepada susu kambing. Mula2 mama tak dilute, lepas 4 feeding, amani cirit… alhamdulillah, essential oil (digestion support) yang mama apply kat perut amani banyak membantu solvekan masalah diarrhoa… sebelum ni, susu nutren junior memang bagus tapi najis amani makin thicken. Susu peptamen junior pun bagus tapi too expensive… alhamdulillah sejak consume susu kambing, digestion jadi cepat dan soft.. 3 jam lepas makan sure poo poo…. jadi perut amani tak buncit…

Untuk hingus yang tak berhenti, sebelum tidur mama sapu minyak bawang putih kat kaki, dada, belakang dan ubun2… kadang2 buat garlic sock… bilik tidur dah bau garlic bread.. dalam meal amani mama make sure ada bawang vesar dan bawang putih… takat hari ni, memang nampak kesannya…

Plan doktor kadir sekarang ialah mantapkan antibodi amani. Dan kena monitor weight. Sehari kena naik at least 10g hingga 30g… yg ni tak dan nak buat sebab kena beli digital weight scale…

Alhamdulillah, hari ini amani makin sihat, kahak pun makin berkurang… kadang2 mama ngelat juga, tak pakaikan cpap sebab tertidur…huhu…

image

Cekci mekci budak cenonet ni..

Tanpa drugs dan antibiotik, mama tukar kaedah perubatan amani 360 darjah… selain tu, everything mesti dtg dengan doa. Usaha sudah, doa sentiasa dan sekarang bertawakkal….

image

Domperidone, omeprazole, exitomycin..dan ape nama satu lagi ..

No more drugs….. unless extremely needed, but now mama goes for supplement….

image

Suka tak suka, mama tetap kata saya comel..

Inilah wajah chicky amani….alhamdulillah.

image

Satu lagi kecomelan melampau…

~ by Zarina on November 16, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: