:: Obstructed Sleep Apnea ::

image

Mask medic ni mahal tahap melampau… dahtu 1 je distributer kat mesia… rm1200 sebijik…

image

Bacaan spo2 96 – bagus sangat nih…

Setiap kali admitted, ade aje term penyakit baru hinggap pada amani.

3 hari lepas, doktor buat ujian pernafasan (dengan memantau kadar spo2) semasa amani tidur. Ujian pertama menggunakan oksigen 0.5l. Namun hasilnya boleh dikatakan gagal. Peratus spo2 kerap jatuh bawah 85 dan maksimum pun dalam 92..

Dari pengamatan Prof Anna, kemungkinan besar amani menghidap obstructive sleep apnea (osa). OSA kerap berlaku kepada bayi sindrom down kerana otot dalaman yg agak lemah. Kes amani semakin teruk apabila paru2 dijangkiti virus. Orang dewasa juga ada yg menghidap osa, terutama yang kuat berdengkur.

Ujian kedua diteruskan malam berikutnya, menggunakan mesin cpap dengan tekanan H2O sebanyak maksimum 8cm. Sekali lagi, hasilnya kurang memuaskan…
Ujian ketiga diteruskan dengan mesin cpap dengan tekanan maksimum 10. Alhamdulillah, pada tekanan 8cm, peratus spo2 amani kekal pada 90, 91 dan 92…
Maka, telahan prof anna ada betulnya. Amani perlukan tekanan udara semasa tidur.

Sekarang ini ujian diteruskan dengan tekanan 9cm.. alhamdulillah, nampaknya peratus spo2 kekal pada 95 hingga 98..

Nampak gayanya, mama akan pulang dengan mesin cpap. Pihak doktor akan cuba dapatkan.bantuan kemudahan pinjaman peralatan.. mana taknya, silicon mask aje berharga rm1200… Mesin cpap paling murah dalam rm2k…
Doktor akan review semula keadaan amani isnin depan…

Wahai Allah yg maha penyembuh, sembuhkanlah nur amani.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on October 5, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: