:: Antara Dua Daerah ::

image

Ibarat berada di garisan kuning. Tersilap sikit akan masuk daerah merah..Sebaliknya, masuk ke daerah hijau.

Begitulah dengan keadaan amani. Semua doktor risau melihat perkembangan amani. Tidak bertambah teruk namun tidak juga bertambah baik.. daerah merah bermakna kritikal, manakala hijau pula semakin pulih…

Namun, daya juang amani sangat tinggi. Alhamdulillah.. pelbagai usaha secara spiritual telah mama dan babah laksanakan… Ditambah dengan doa dan bantuan ‘kawan dari langit’.. solat hajat, bacaan yasin, distant healing dan ada juga yg sedekahkan barang untuk diwakaf bagi pihak amani.

Menitis air mata mama mengenangkannya. Sungguh! Ya, mama sudah tiada orang tua untuk mengadu nasib. Alhamdulillah keluarga jauh disana sentiasa bertanya khabar… Dan ‘kawan dari langit’ sentiasa saja keluar masuk ke icu bertanya khabar amani…ada yang mama tak kenal pun..

Tiada siapa ingin tempuhi semua ini… Siapa mahu anaknya diserang virus? Siapa mahu tinggalkan anaknya di icu yang dipenuhi dgn suasana yg amani takuti? Siapa mahu bekejar ke pejabat untuk memenuhi tuntutan kerjaya, namun hatinya melekat pada anaknya? Siapa mahu biarkan anak2nya yang lain tidak terlayan? Ya, tiada siapa pun mahu….

Namun bila yakin bahawa jalan hidup kita sudah tertulis di luh mahfuz, tiada lafaz lain yang sepatutnya terzahir…alhamdulillah.. semua ini tiada apa2 pun pada mataNya. Semua ini tidak berlaku tanpa alasan… Pandai-pandailah kita gunakan akal yang dianugerahkan sebaik-baiknya… Tiada yang salah. Tidak takdir, tidak juga kita yang menerimanya.

Alhamdulillah ya Allah. Pada saat ini amani sudahpun berada dalam daerah hijau.. Alhamdulillah ya Allah, kerana memberikan mama kesabaran dan kekuatan hati yang tinggi dan jitu.

Amani masih ditahan di icu. Pesanan doktor, amani perlu diawasi daripada sebarang jangkitan. Tiada lagi virus, namun paru2 amani masih keluarkan kahak setiap masa. Ini kerana ada bahagian paru2 yg rosak.. dan paru2 kanan sebelah atas sudah ‘collapse’ dan sukar disembuhkan, lantaran saluran udara disitu dikatakan terbelit sejak lahir. Disitulah terkumpulnya kahak lama dan disitu juga menjadi sumber pembiakan virus dan bakteria.

InsyaAllah minggu hadapan doktor akan mulakan treatment steroid. Itu sahaja teknologi perubatan yang ada untuk membaiki paru2 yang rosak.

YaAllah, sudah banyak yang amani lalui. Mama percaya bahawa Allah sangat sayangkan amani… Ujian kesakitan datang bertali arus. Namun amani yang kental jiwanya tetap bertahan.. dan mama juga akan bertahan demi seorang ahli pemegang kunci syurga ini….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on September 21, 2013.

4 Responses to “:: Antara Dua Daerah ::”

  1. Bersabar lah wahai sahabatku…Allah menyayangi Ina dan suami..dan diturunnya ujian melalui kesakitan ke atas anak kesayangan.
    Semua nya ni milik Dia…kita sama2 mohon agar diberi keringanan dan pertolongan buat anak kecil ni. Ya Rabb.. bantulah keluarga Zainol…

    Sent from Samsung Mobile

    “Our Love…..Our Live” wrote:
    Zarina posted: ” Ibarat berada di garisan kuning. Tersilap sikit akan masuk daerah merah..Sebaliknya, masuk ke daerah hijau. Begitulah dengan keadaan amani. Semua doktor risau melihat perkembangan amani. Tidak bertambah teruk namun tidak juga bertambah baik.. daerah mer”

  2. Bertahanlah ye Ina. Dia maha mendengar (rintihan hati hambaNya)… mari kita bayangkan nikmat syurgaNya… Akak doakan Amani akan serasi dgn rawatan steroid tu nanti… Ya Allah, berilah sahabatku & keluarganya kekuatan luaran & dalaman dlm menghadapi ujianMu ini. Gantikanlah segala yg Engkau berikan ini dengan ganjaran syurgaMu nanti…

    • Ibarat memiliki sebuah rumah..munkin rumah kecil. Untuk lebih selesa, perlu dibesarkan.. dalam proses pembesaran tu, banyak perkara tidak menyeronokkan perlu dilalui…bising, berhabuk, bersepah, sempit, berserabut dan sebagainya…namun akhirnya, nah! Rumah yang lebih selesa..
      Inilah yang saya bayangkan…untuk Allah didik kita, bukan secara semberono. Kita minta dididik, supaya lebih taat dan ingat kepadaNya… Sukar mendidik hati tatkala ia sedang bersenang lenang menghirup keselesaan hidup, berbanding ketika ia berduka lara….
      Agak saya, inilah cara Allah mendidik saya…. daripada seorang yang liat bangun malam, digagahi juga untuk sujud di sepertiga malam… Takut hendak saya tinggalkan, takut Allah tarik semula nikmat kesihatan yg amani perolehi..
      Alhamdulillah, amani lulus (buat masa ini), dan saya juga terdidik (semoga istiqamah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: