:: Mengutip Cebisan Aura Yg Menipis ::

image

First time naik ambulan… ne no ne no.. Amani turn blue…

image

Dalam keadaan amani yg kurang sihat sejak 2 minggu lepas… Kadang2 hati nakal tertanya juga.. “sampai bila amani perlu lalui semua ini”… Itulah, dengan deru bisikan syaitan, kadang2 mama mencari penyebab kenapa mama & amani perlu melalui semua ini… Banyak sungguh ke dosa mama ini? Kuat sangat ke mama?  Dugaan kah, atau ujian? Haishhh, penangan bila duduk berseorangan… Tak boleh jadi ni, mama perlu berbicara dengan seseorang yg faham situasi mama…
Ya, pada majlis jamuan raya, fakulti, mama cuba mencari kak mazni dan kak nadzrah..
Kak mazni mempunyai seorang anak cp berusia 14 tahun.. oh, tentu sekali sukar mengharungi masa kecilnya… Sekarang sudah boleh berjalan dengan berpimpin… Allah, bergenang air mata kak mazni bila mendengar cerita amani… Tanda memahami, sudah cukup untuk mama berasa lega…
Mama kemudian mencari kak Nadzrah, yang baru mendapat tahu terkena kanser payudara.. mama peluk kak nadzrah, seraya berkata.. “kak, so sorry to hear the story about your disease”… Kak nazrah menceritakan serba sedikit perasaannya kpd mama… Sungguh! Mama rasa apa yang ditanggungnya maha lebih besar dari apa yg mama rasa masa ini…
Ya Allah, aku tahu, Engkau tidak akan memberikan semua ini jika aku tak mampu menanggungnya… Banyak ayat didalam alQuran yang berkaitan dengan dugaan dan manusia…
Amani masih didalam wad… Walaupun mama sudah berusaha berkonsultansi dengan Dr pakar kanak2 di klinik, ‘healing process’ amani agak lambat…2 jenis antibiotik lansung tidak berkesan… Nebulizer 6 jam sekali.. pun tidak berjaya… At last, amani terpaksa dihantar ke hospital dengan ambulan (sebab jalan jam dan bibir amani bertukar purple)… Ia pengalaman yg menyeramkan…
Ada yang memberi kata semangat seperti “kita patut bersyukur, dikurniakan anak istimewa … Kita patut pikul tanggungjawab ini sebaiknya bla bla…” … Adakalanya, sesetangah nasihat boleh ‘mengguris’ perasaan mama… Ya..kenapa? Kerana anak istimewa mereka tidak banyak masalah kesihatan spt amani.. apa yg diusahakan semuanya berjaya…pelbagai nasihat diberikan seolah mama tidak melaksanakannya terhadap amani…aduhhh, berperang dengan syaitan lagi …
Kuat mama bukan sekadar kuat menerima keadaan sekarang… Namun mama juga perlu kuat menapis nasihat2 orang sekeliling yg tidak melalui apa yg mama lalui…
Allah… Panjang coretan kali ini… Amani, sihatlah sayang cenonet mama… Lusa mama kena pergi kerja.. huhuhu….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on September 7, 2013.

2 Responses to “:: Mengutip Cebisan Aura Yg Menipis ::”

  1. Salam Ina,
    Sayu hati membaca nukilan hati ina… seorang ibu yg dlm kesedihan…keperitan. Maaf kan biah tak dpt sama membantu luka dan kekosongan sokongan dr yg dekat dan jauh….
    Ina,..ina mmg dipilih antara kami dgn ujian yg berat ini…benar.. hanya Dia mengerti di sebalik ujian ini. Yg hanya mampu keluar dr bibir kami yg tidak mengerti kesakitan dan keperitan ina… ialah sabar… sabar. Tak salah utk ina rasa kenapa…mengapa dan sampai bila… kerana kita mmg d design utk rasa sakit…gembira dan mengeluh…itu lah manusia… Ada pasang surut. Penuh kekurangan…dan tak lepas dr buat silap.
    Ina,…dlm keadaan ina yg amat down… perhatikan sekeliling… udara yg kita sedut… Dia ada d situ…
    Doa dan pengharapan dr jauh biah titipkan utk ina… biah percaya, sahabat ku yg hebat ini sdg diperhati oleh Dia.. dn insya allah… ada kn dtg kebaikan yg kita tk tahu dlm bentuk apa…
    Salam permisi…dan harap segala terbaik utk Ina.

    Sent from Samsung Mobile

    “Our Love…..Our Live” wrote:
    Zarina posted: ” Dalam keadaan amani yg kurang sihat sejak 2 minggu lepas… Kadang2 hati nakal tertanya juga.. “sampai bila amani perlu lalui semua ini”… Itulah, dengan deru bisikan syaitan, kadang2 mama mencari penyebab kenapa mama & amani perlu melalui semua “

  2. Terima kasih menyinggah disini biah… blog ni cuma satu papan keras tempat mama amani meluahkan rasa… kadang2 rasa marah juga pada diri sendiri. Tatkala Allah memberi pelbagai kebaikan (yang tak terlintas dek akal), tidak pula terfikir yang Allah juga mampu memberi yang sebaliknya. Ahh, lemahnya kita makhluk yang sedutan nafasnya pun bergantung padaNya. Tahu, Allah sedang memerhati dan menguji…Sebagaimana orang kaya yang terus terusan minta ditambah kekayaan, begitulah mama amani, akan merayu tak berhenti kepadaNya.
    Namun, ada juga kalanya, saat bila mama tak tahu nak meminta apa dan bagaimana…supaya Allah makbulkan… Sehingga mama memasang strategi….YaAllah, jika boleh dipindahkan penyakit Amani kepadaku, aku redha… Ya Allah, jika ada secebis kebaikanku yang boleh mengurangkan kesakitan Amani, Engkau ambillah… Ya Allah, Engkau berikan daku petunjuk kepadaku, agar aku temui penawar untuk Amani…
    Biah, dari sini mama amani belajar… Kun fayakun… Atas Allah mahu memberi atau tidak, kita tidak boleh memaksa.
    Namun, harapan mesti tetap ditaruhkan. Tanpa harapan, kita akan hanyut dalam kesedihan. Harapan mama amani, supaya amani akan sembuh dari penyakitnya, yang tiada lagi penyakit. Supaya amani dapat terus berdiri dan berlari barsama anak2 yang lain…..doakan ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: