:: Amani & Bronkoskopi ::

Hasil dari prosedur bronkoskopi tadi, pakar dapati ada sedikit kelainan pada laluan udara didalam paru2 kanan amani. Bagi mereka, ia munkin kelainan kerana trisomy-21. Ini menyebabkan kahak yang masuk sukar mencari jalan keluar apabila dibuat fisioterapi.

Apa yg doktor buat ialah dengan menyedut kahak yang terperangkap di dalam kawasan yg sukar. Bukan semua, namun ia membantu mengurangkan kawasan yang ‘collapse’….

Semasa amani masih dalam tidak sedar, pakar jantung membuat ujian echo, untuk melihat keadaan terkini jantung amani. Jika dilihat secara kasar, boleh dikatakan tiada lagi lubang di jantung amani. Namun pakar mengajak mama melihat sendiri keputusan echo, dan dilihat secara terperinci… ada lubang kecil anggaran 2mm .. doktor kata tidak mengapa, ia takkan mengganggu hidup amani insyaAllah.

Namun, pakar bius memberitahu yg beliau secara tidak sengaja terlebih beri ubat bius. Akibatnya, amani perlu bantuan pernafasan selepas semua prosedur selesai, untuk mengelakkan paru2nya collapse. Ehmmm, biarlah amani tidur dengan tenang dan nyenyak..

Sedih juga melihat keadaan amani, namun amani telah melalui fasa yang lebih hebat daripada ini… sekurang2nya bila amani sedar nanti, beliau tidak berasa sakit…

image

Katil amani dalam picu

image

Sian anak mama, akibat terlebih ubat bius...terpaksa intubate..

Bangun ya amani….mama tak sabar tgk amani senyum..

~ by Zarina on August 2, 2013.

2 Responses to “:: Amani & Bronkoskopi ::”

  1. Assalamualaikum pn,saya Rosnanie Mohd Alie baru 3bln lepas dikurniakan baby sd.keadaan yg hampir sama dgn amani puan.Saya merasakan perlu berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan pengalaman pn berdepan dengan situasi amani. Saya amat berharap pn sudi add saya dfb nanti.fb saya seperti nama saya diatas…masyaAllah..saya sungguh terkesan dgn apa yg puan coretkan…anak2 syurga anugerah Allah bt kita…

  2. Terima kasih kerana menjenguk blog saya… nanti saya invite puan rosnanie kedalam private grouo bunga-bunga syurga… kita tidak keseorangan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: