:: Puasa @ Hospital ::

Rabu, 29 Julai… dah hampir 3 minggu mama berbuka di hospital… bila cuti sekolah, kami sekeluarga akan berbuka bersama di hospital. Inilah cerita amani.

Bermula dengan episod hidung berhingus, sehingga mengganggu penyusuan. Susah agaknya nak bernafas dengan hidung berhingus dan tersumbat sehingga ada kalanya tersedak… itulah mulanya..

Para doktor suspek amani mengalami aspirated pneumonia. 3 hari di hospital, amani memerlukan mesin bipap untuk bernafas. Kata doktor, keadaan paru2 amani agak teruk pada kedua2 belah. Hampir 4 hari dengan bipap, 3 hari ditukar kepada cpap…selepas itu diteruskan dengan nasal probe. Mula-mula tu 2 liter, lepas 2 hari, turun ke 1liter. Pada hari ke 17, doktor izinkan mama tanggal nasal probe tu…
image
image

Agak menyedihkan, bila ditanggal nasal probe, darah amani menunjukkan kekurangan oksigen. Bacaan untuk dibenarkan pulang ialah >95 sedangkan bacaan spo2 amani cuma 90…

image

Enjoy tengok pocoyo

Xray ke3 dibuat… bahagian atas paru-paru kanan masih collapse. Dr tidak dapat menelah kenapa terjadi begitu, sedangkan suction tiada lg kahak dan infection boleh dikatakan ‘resolved’.

Jadi, perlu dibuat bronkoskopi untuk doktor melihat apa penyebabnya. Hari jumaat nanti amani akan melalui proses itu.

Apapun, amani sangat gembira sebab mama sentiasa ada….amani sudah pandai mengacah dan ketawa serta bergolek…. ya Allah, tidak tahu apa yang mama harus mohon., buat masa ni mama harapkan yg terbaik buat amani..

image

~ by Zarina on July 31, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: