:: Amani @ terapi kak Raw ::

Dah lama dengar pasal terapi kak raw. Teringin nak cuba tapi tak kesampaian. Cuma, baru2 ini kak sakinah berikan laluan untuk mama bawa amani bertemu kak raw di pj. Terdapat sekumpulan ibu2 yang berusaha membawa kak raw ke pj setiap hari khamis.

Disinilah bermula terapi untuk amani. Minggu ni masuk minggu ke-3 amani bertemu kak raw. Minggu ini dan seterusnya mama perlu bawa amani ke Felda Gedangsa, dekat Kuala Kubu Baru…

Kak raw membuat rawatan untuk memastikan keadaan usus amani supaya berkeadaan baik sebelum pembedahan nanti..jika selesai urusan pembedahan amani nanti, banyak lagi proses rawatan yg akan dilalui oleh amani… mama bertemu dgn beberapa ibu yang telah melalui proses rawatan sejak 5 atau 6 tahun yg lepas… harapnya mama mampu untuk melakukan perkara yang sama, selain dari menghantar ke kiwanis.

Buat masa ni mama berhenti sekejap dari menghantar amani ke kiwanis, memandangkan amani lebih banyak ponteng kerana masalah kesihatan. Keadaan fizikal amani juga tidak banyak membantu perkembangan motor kasar amani. Biarlah amani kuat dari segi fizikal, sebelum mama menyambung kelas di kiwanis… alahamdulillah pihak kiwanis memahami situasi amani dan memberi sokongan kpd mama…

Mama harap sangat plan pembedahan amani dapat diteruskan bulan 8 nanti. Prif thamby sudah bersetuju tapi cuma melalui perbualan verbal sahaja. Tiada tarikh yg ditetapkan untuk amani. Huhuhu… awal bulan 8 nanti amani akan bertemu prof, mama harap masa tu prof akan membuat keputusannya…. Allah, permudahkanlah untuk amani…. amiinnn….

image

Amani masa terapi di felda gedangsa… baik anak mama, tak nangis pun masa dibalut…

~ by Zarina on July 31, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: