:: Kawan Dari Langit? ::

Semalam suzana sairin ( mama adib) datang melawat amani. Hari ni Dikju dan rakan sepejabatnya visit amani. Lewat petang tadi, Joyce pun datang.

Secara peribadi, mama tak kenal mereka ini. Kami hanya kenal di alam maya, melalui private group BungaBunga Syurga.

Paling mengejutkan, dekat pukul 11 mlm ada sorang rakan se’kiwanis’  menjengah. Sungguh, namanya pun mama tak berapa pasti. Datangnya kerana rasa tanggungjawab memberi sokongan moral. Allah, sungguh mama rasa sangat gembira. Alhamdulillahh…

Hakikatnya, kami punya anak down syndrome. Anak suzana sedang mendapatkan rawatan kimo, manakala anak joyce pula akan mendapatkan rawatan berkaitan usus bayinya.. Dikju punya anak ds berumur 7 tahun, dan pernah menjalani rawatan berkaitan usus.

Namun, paling tidak mama jangka ialah bertemunya mama dengan mama pesakit yg sama masalah seperti amani. DS dan anorectal malformation. Dan beliau adalah orang mesir yg bekerja sebagai doktor di pusat kesihatan…  Allah mempertemukan kami, dengan cerita yang sama…kecilnya dunia! Sempat juga kami solat maghrib berjemaah… Dan bercerita panjang lebar tentang isu perang shiah-sunni di Syria… dari riak wajahnya yang sedih, mula bertukar ceria bila kami berbicara. Anaknya sangat comel masyaAllah.

Allah menghantar insan2 yg mama gelar ‘kawan dari langit’ agar mama tidak rasa keseorangan menjaga amani di hospital. Hakikatnya memang manusia tidak keseorangan kerana Allah sentiasa disamping, namun sokongan moral dari manusia lain juga amat penting dlm kehidupan seharian.

Jadi, nikmat yg manakah yg harus mama dustakan?

~ by Zarina on May 31, 2013.

3 Responses to “:: Kawan Dari Langit? ::”

  1. amani still hospitalized ke? I thought that day kata amani dah keluar dah… ramai jek kawan2 yang menyokong… mungkin tidak secara nyata, tapi dalam doa insyaAllah tidak terlepas kalian…

    • Tq aunty… tak rugi doakan anak syurga, insyaAllah… hari tu kuar 2 hari pastu masuk balik.. hrp mggu ni leh kuar…

  2. Puan, sy ade anak down syn juge. Sy ade dengar2 psl group bunga2 syurga di fb.tp dah jenuh cari utk join, tp x jumpe.mcm mn nk join ye.tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: