:: Ujian oh Ujian ::

Bukan manusialah namanya jika tidak ditimpa ujian. Namun sejauh mana kita dapat mengadaptasi dengan ujian itu tanpa mengeluh, bergantung kepada diri kita sendiri.

Ada kala terfikir juga mama, jauh lagikah perjalanan sukar yg perlu mama lalui bersama amani… Aduh, saat ini tentu syaitan bertepuk bertampar kegembiraan kerana mendengar keluhan … walau didalam hati, bukan di fb, syaitan tetap tahu.

Sepatutnya mama bersyukur kerana melalui jalan sukar bersama amani lah membolehkan mama mengutip markah2 untuk mendapat gred bagus disana nanti. Bukan semua insan diberikan laluan bonus ini.

Apa pula cerita ujian ni? Ya, amani admitted lg kerana najis tak keluar melalui stomanya. Hanya keluar air berwarna coklat kemerahan yg menunjukkan kehadiran darah dlm cecair itu.

Mama ke klinik kecemasan ppum hari sabtu lepas. Melihat keresahan mama, Dr membuat abdominal xray dan tiada masalah obstruction. Dr diagnose sebagai diarrhoe… Mama pulang dengan rasa kurang puas hati kerana amani agak kurang berselera. Keesokannya, ada najis keluar, berketul keras tidak seperti biasa.

Hari isnin berikutanya, mama makin panik kerana keluar air berterusan tanpa solid. Ubun2 lembut terasa melengkung, tanda kurangnya air. Apatah lg amani demam kuat malam itu.

Hendak terus ke bahagian pediatrik surgikal, prosedur tidak membenarkan. Terpaksa ke emergensi sekali lagi. Dan sekali lg amani di xray. Dr bertugas memberitahu bahawa Dr surgikal sedang berada didalam bilik bedah dan munkin mengambil masa lama untuk melihat keadaan amani. Beliau mencadangkan mama dtg semula pada hari rabu seperti yg telah dibuat temujanji sblm ini.

Mama berkeras ingin berjumpa dr surgikal juga, tak kira la berapa lama kena tunggu. Geram rasa hati bila dr bertugas menelefon wad surgikal dan menyatakan bayi tak serius, stoma semi solid.. katanya mama yg sgt risau…. Siapa tak risau jika anaknya makin lembik ..

Lama juga menunggu… bila Dr surgikal sampai je, perkataan pertamanya ialah… eh, baby looks dry… dr buat wash out, memang najis stuck dlm bhg usus…

Itulah ceritanya, dan amani ditahan di wad. Dr mendiagnos amani mengalami radang usus… kes ini agak pelik kerana orang berstoma tidak berak keras kerana najis tidak melalui proses penyerapan air di bhg usus besar.

image

Semasa mama menaip entri ini, amani masih dalam wad. Najis amani sudah keluar tanpa sebarang intervensi doktor. Munkin drip yg berterusan dan antibiotik membantu (dengan izin Allah).

image

Esok amani akan menjalani pemeriksaan buah pinggang… bukan ultrasound biasa, namun melalui proses radioterapi di bahagian perubatan nuklear. Ujian ini boleh menunjukkan keadaan buah pinggang dan sekitarnya dengan detail, berbanding scan biasa. Namun amani perlu general aneastatik. Sudah 5 kali ditangguhkan kerana keadaan kesihatan amani yg kurang memberansangkan.
Amani berhingus, namun tiada kahak dan dr jantung mengesahkan keadaan jantung amani baik. Ujian (DMSA) ini akan diteruskan..

Ya Allah, jauhkan sebarang kesan sampingan ujian ini terhadap amani. Ya Allah, aku amat menyayangi amani namun aku pasti Engkau lebih2 lagi menyayanginya, kerana amani adalah antara bunga-bunga syurgaMu…. AMIN

~ by Zarina on May 22, 2013.

2 Responses to “:: Ujian oh Ujian ::”

  1. alaaaaaaaaaaaaaa…. sian dak Amani…tak sehat lagi ye… take care ya mama amani… insyaAllah, we pray for the best for her…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: