:: Rezeki Di Mana-mana ::

Bila penyakit M bertambah besar, inilah hasilnya… Berhabuk dan bersawang abidwaliyad nih… Sibuk satu hal, tambah lagi malas.

Apa cerita Amani? Amani sudah kuat untuk didudukkan didalam bumbo seat… dan Alhamdulillah, lepas continously consumed nutren junior + mct oil dan sekarang tambah calogen. Berat amani nampak kenaikan yg agak signifikan. Minggu ni berat amani 5.5kg… Sebenarnya dah boleh dibuat pembedahan cuma prof thamby tak available dlm sket masa lagi. Doktor cadangkan hujung tahun… Adui, sakit la mama nak beli stoma bag amani. Takpa….takpa… sesungguhnya rezeki di tangan Allah…

image

saya suka….saya suka

Bercakap pasal rezeki, ia sangat luas. Dua bulan lepas mama order calogen dari UK. Tunggu punya tunggu tak sampai2… Akhirnya ada kenalan maya mengirim 3 botol calogen melalui kawannya kpd mama. Mama harap sangat berat amani naik dgn kadar yg lebih cepat spy amani punya tenaga untuk gross motor skill development yang amat lambat…

image

ball pool.. iyad pun teringin nak masuk.

image

harap calogen yang sampai lepas 2 bulan diorder ni dpt bantu menaikkan berat bdn amani

Dalam pada tu, mama juga tengah tinjau tablet device untuk amani… amani pandai tonton kartun atau any multimedia show. Tak sempat nak survey, tiba2 ada kawan offer galaxy tab 2 dgn harga yg teramat kompetitif. Tab ni disponsor oleh company untuk satu event besar kat fakulti. Ada lebihan 1, jadi pihak yang menguruskan event ni nak let go. Jika disimpan pun, akan jatuh nilainya nanti. Alhamdulillah mama dapat harga 25% less dari harga pasaran…Rezeki amani..

image

galaxy tab original dgn harga rm4++.. mama suka mama suka

Dan tadi semasa pulang dari fakulti, tiba2 motor yang melintasi kereta mama tergelincir lalu terbalik betul2 dihadapan mama dalam 1/2 meter saja jaraknya. Jika mama bawa laju, munkin pemandu itu akan samada terjatuh atas kereta mama ataupun mama munkin akan melanggarnya… Nauzubilllah…. Mama berhenti lalu mengarahkan pelajar lelaki mengangkat pemandu perempuan yang juga seorg pelajar tersebut kedalam kereta mama. Mama bawanya ke klinik kesihatan UITM. Alhamdulillah, Allah beri rezeki kpd mama untuk membantu insan yg memerlukan. Ini juga satu rezeki.

Semasa mengambil along dari sekolah, sepupunya ikut sekali. Mama pelawanya kerumah. Petang nanti mama hantarnya pulang.. Alhamdulillah, Allah rezekikan mama untuk berkhidmat kepada anak yatim ini. Mama belanja makan nasi ayam…

Rezeki itu sangat subjektif. Pengertiannya bergantung kepada kita sendiri. Sejauh mana kita menerima sesuatu takdir atau keadaan itu mampu mengubah persepsi kita terhadap pemberian Allah. Percayalah, jika kita mengambil pengertian yg baik, maka baiklah akhirannya… Sungguh! Praktikkannya, tentu hati akan sentiasa berbunga.

ALHAMDULILLAH……

~ by Zarina on May 18, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: