:: Untungnya Mereka ::

image

Itulah yang tercetus dihati mama… Untungnya mereka yg tinggal di sekitar shah alam, yang mempunyai akses mudah ke masjid shah alam & yayasan restu. Manakan tidak, cakap saja nak belajar apa, semua ada … Bahasa arab, al quran, kitab2, ceramah agama, khat, dan pelbagai lagi… Ahhh alangkah bagusnya jika mama berkesempatan mengejar semua kemudahan itu… Apa pun, mama juga tergolong dalam kalangan mereka yang bertuah, walaupun tinggal di seksyen 30, nun jauh dipinggir shah alam….

Itulah alkisah perasaan mama bila pertama kali (ya, pertama kali) hadir ke ceramah mingguan pagi jumaat di masjid shah alam.

Ceramah pagi tu disampaikan oleh ustaz Sharhan Shafie, bertajuk khurafat. Banyak juga persoalan dari hadirin wanita (rata2nya adalah pensioner uitm).. Banyak juga ilmu yang mama perolehi dan hari tu ustaz memberi pengijazahan kepada hadirin yg datang menuntut ilmu. Ustaz sharhan merupakan perawat di pusat perubatan zamdurrani.com. Alhamdulillah.

Pada akhir sesi, ustaz menyuruh hadirin membaca 7x surah al-fatihah dan 7x ayat kursi. Seusai ayat terakhir mama habiskan, tiba2 seorang hadirin wanita berdekatan mama terjatuh sambil menjerit2… Terkedu sebentar mama dan bulu roma terasa seakan meremang, tanda kehadiran makhluk ghaib. Mama tidak terus tercegat, tapi meluru keluar untuk memberi ruang kepada pembantu ustaz untuk mengubati wanita tersebut.

Hadirin lain sibuk hendak mendapatkan tandatangan ustaz sharhan… Mama keluar secara tergesa2 untuk membeli kayu kemuning yang dijual ustaz. Katanya sangat mujarab sebagai ubat beberapa jenis penyakit. Harga kayu itu rm8k sekilo tapi ustaz sudah potong kecil2, dijual dgn harga rm50 seketul… Mama beli sbg tanda kenangan…

Alhamdulillah, ilmu dapat, buku dapat dan ubat pun dapat… Bila dilihat jadual mama untuk semester depan, aduhhh… Tak dapat mama hadir ke ceramah pagi jumaat sebab ada kelas… Ya Allah, moga dibukakan jalan lain untukku mencari ilmu Mu yang berkat. Amiinn…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on February 26, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: