:: Kos Budaya ::

image

Kos kek hari jadi dapat dikurangkan dengan membeli kek bersaiz kecil…

image

Kos pakaian anak yang berjenama… Jangan main, Kelvin Clien tu.. Dekat iSetan, harga romper ni rm89 tapi dekat GM Klang, harganya jatuh menjunam jadi rm18…

image

Hiasan rumah paling hebat – lukisan pemberian seorang kawan

Membaca tulisan Tuan Shamsuddin Kadir tentang kos budaya membuka satu ruang pemahaman mama tentang terma baru ini. Hakikatnya, amalan yang dimaksudkan oleh Tuan SK ini telah lama mama amalkan.

Kos budaya yang dimaksudkan oleh TSK ini (lebih kurang) ialah kos2 yang kita habiskan hanya dek ingin memenuhi sesuatu keperluan yg tidak berkepentingan tinggi, terutamanya pada masa2 tertentu.

Contohnya (diambil dari fb TSK) ialah:

1. Kos bulan madu gaya import – cerita lama… Takdenya nak buang duit kat hotel 5 bintang…

2. Kos hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan – paling hebat mama raikan ialah lunch di restoran thai… Hari jadi, kat mesia ni tak pernah sampai buat majlis.

3. Kos raya ikut budaya (tukar baru barang2 rumah) – tak pernah amalkan

4. Kos pendidikan ikut budaya barat (menghantar anak ke pusat2 tusyen bertaraf antarabangsa) – anak mama sorang pun tak hantar tusyen. Dan mama target untuk hantar semua ke aliran tahfiz, jika diizinkan Allah. Jika diawasi dengan betul, anak mampu berjaya tanpa tusyen insyaAllah. Along adalah contohnya.

5. Kos Menghias rumah supaya orang nampak cantik – mama susun lawa2 je, takde perhiasan hebat sbb babah tak suka bunga hiasan. Karpet pun takde sebab babah alah habuk. Paling hebat ialah lukisan pemberian seorang sahabat. Pernah juga habiskan duit menempah langsir tapi end up pakai langsir ready made separuh harga. Dah 3 tahun, masih setia dgn langsir tu. In fact harga langsir ready made lebih murah dari yang ditempah.

6. Kos Baju raya, bukannya baju baru hari raya. – biasanya sorang sepasang baju tradisi dan sepasg baju moden. Tidaklah sampai seorang 4 atau 5 pasang.

7. Kos anak-anak pakai baju berjenama – paling mahal mama beli baju poney atau miki masa separuh harga. Apa pun, mama tak beli baju pasar malam sebab harga lebih kurang baju jenama murah kat the store (spt cute marie, just kid, pencil dsb), dah tu tak tahan lama.

8. Kos pakaian sendiri – alhamdulillah, hampir 2 tahun balik dari Saudi, baru 2 pasang baju kurung mama beli. Satu untuk raya (baju berharga rm60) dan satu lagi untuk majlis perkahwinan kawan. Abaya merupakan pakaian rasmi mama ke pejabat dan ia sangat menguntungkan!

9. Kos tudung – hairan sungguh mama bila ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit untuk tudung yang kadangkala bukan saja tidak menutup dada malah jarang pula tu… Tudung paling mahal yang mama beli, harganya rm59.. mahal sedikit kerana saiznya xl… Cakap nak brand apa, semua ada kat seksyen 7 tu. Tapi mama pakai yang biasa saja.

Dan banyak lagi. Sebab itulah islam menggariskan kesederhanaan sebagai panduan hidup. Percayalah, tidak akan jatuh standard seseorang jika dapat membuang kos2 budaya ini… Malah hati akan lebih tenang kerana tidak bergantung kepada jenama.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on February 12, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: