:: Belajar Tentang Hikmah ::

Seperti biasa, hari ni mama ambil Along & Iyad pukul 5.30pm.. Masuk je dalam kereta, Along mengeluh sebab ustazah suruh hafaz 3 lagi surah… Mama hanya diam.. Along terus berceloteh..

Along : Hari ni kelas Along kena marah

Mama : Kenapa pulak?

Along : Tadi ada satu waktu tu, ustaz terlupa nak masuk kelas. Jadi ramailah kawan Along yang keluar untuk bayar buku Math kat bilik guru. Along dah bayar sebelum ni. Bila mereka pulang ke kelas, sekumpulan lagi pelajar yang ada dalam kelas saja mengenakan mereka dengan mengunci pintu sambil berlakon seolah2 ada ustaz di dalam kelas. Yang diluar mengetuk2 pintu untuk masuk. Ustazah kelas sebelah nampak, dan datang. Ustazah tanya, siapa yang kunci dari dalam.. Jika tiada yang mengaku, semua yang dalam kelas akan didenda angkat meja.

Mama : Along terlibat tak?

Along : Mana ada. Along tengah duduk hafaz surah yang ustazah suruh,

Mama : Ehmmm… Along nampak tak hikmahya? Jika Along dah terer semua surah tu, tentu Along pun ikut sekali nak kenakan kawan Along. Ya betul, Along susah hati sebab tak dapat hafaz surah2 tu tapi Along terselamat dari didenda atau dimarahi oleh ustazah. Takke Along rasa itu suatu hikmah?

Along : Ehmmm .. (sambil mengangguk kepalanya)

Along, mama tahu susah bila masuk aliran tahfiz. Tak apa, mama akan bantu apa yang mampu. Dan alhamdulillah babah boleh bantu dalam bahasa Arab…

Mama dah janji, kalau Along tak mampu nak bawa bidang ni, nanti tingkatan 3 kita fikir semula untuk sambung atau masuk aliran agama…

“Ya Allah, Engkau permudahkan bagi puteriku, janganlah Engkau susahkan kerana beliau sedang berusaha untuk menjadi hambamu yang terbaik”

 

 

~ by Zarina on January 20, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: