:: Bagai Langit dengan Bumi ::

image

Beratur dulu amik gambar…

Mereka membesar bersama… Semuanya sama kecuali sifat dan sikap. Bagai langit dengan bumi… Itulah karakter 2 anak bujang mama.

Iyad seorang yang sangat proper, segalanya dititikberatkan… Hatta rambutnya, jangan ada bahagian helaian yang terjungkit keluar selepas disikat… Iyad selalunya sangat bersedia dalam apa juga hal.. jika nak kesekolah, pakaian, tuala, stokin, dan segalanya akan disediakan sehari sblm kesekolah.

Selepas pulang dari sekolah, dia akan membuat rutin tetap spt siapkan homework, gantikan baju utk esok, pastikan beg kemas…

Allahhhh… Mama harap sikap begini kekal sampai besar.

Tapi iyad sangat cerewet.. jangan harap dia nak pakai baju yang ada sikit kekotoran…dan iyad tak suka baju berkolar…

Abid pula tak pernah kisah hal sekolah.. homework perlu disuruh, baru dibuat. Lepas pulang dari sekolah, beg akan dicampakkan suka hati. Stokin pun sama… Jika tak diingatkan, baju sekolah kafa pun boleh bertukar dgn kawan. Songkok dan sampin dah berapa kali hilang… Paling kritikal, kalau tak disediakan seluar dalam, senyap2 je dia tak pakai dgn alasan tak jumpa… Aduiiii… Rambut pun tak pernah dipedulikan untuk disikat…

Abid suka main bola.. suka makan… suka robot..mama hantar ke kelas belajar assemble robot, dua kelas je attend terus dapat piala kecemerlangan… Abid sangattttt sensitif orangnya. Beliau alan beritahu apa yg disukanya dan apa yg tidak disuka. Silap haribulan, abid akan menangis mcm bdk kecil…

Ya Allah… Walaupun abid begitu, tp beliau dapat membaca perasaan mama… Kalau berkongsi makanan, beliau sanggup melepaskan makanan kesukaannya jika mama mahukan… Kalau mama merajuk, beliau minta maaf…

Begitulah mereka. Dengan 2 perangai yang sangat berbeza antara satu sama lain… Sangat berbeza. Apa pun, mama doakan kedua2 anak mama berjaya dunia akhirat…

Ingatlah anak2 ku, kamu adalah jambatan mama dan babah untuk ke syurga nanti. Berusahalah menjadi insan terbaik pada mata Allah dan rasul… Doa mama sentiasa ada untuk kamu berdua..

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on January 2, 2013.

2 Responses to “:: Bagai Langit dengan Bumi ::”

  1. Along sekolah mana tu pakai purple? cam cantik jek uniform warna lain… hehe… iyad dah darjah 1 ke tu? cepatnya masa berlalu….. dah besar dah anak bujang awak yee….

    • Along ngan Iyad sama sekolah..Sek Keb Ibn Khaldun, ALong Sek Men Ibn Khaldun…private islamic school, kat dlm kampung je….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: