:: Ketinggalan Zaman? ::

image

Banyak dapat duit ke?

Antara tempat2 rekreasi yg mama & babah paling jarang kunjungi ialah taman tema.. tak kira outdoor atau indoor. Jika di saudi, taman tema bersepah2 di kebanyakan tempat, yang outdoor tak pernah kami masuk! Kalau yang indoor pulak, semua taman tema di kawasan food court, jadi tak bolehlah mama kata kami tak masuk.

Satu2nya indoor theme park yg mama benarkan anak bermain ialah di Taif Heart Mall. Dekat dana mall, yanbu pun ada dan mama tak pernah bagi duit utk anak2 main… Tengok ajelahhhh…

Kat malaysia ni lagiiii le jarang sangat kami masuk. Kat Genting, pergi makan je.. kat berjaya time square, tengok aje dan kat sunway pyramid, pun tengok aje. Kat wet world, ade lah sekali masa bdk2 masih kecil..

Kedekut sangat ke mama ni? Tak juga… Cuma kami rasakan ada byk kaedah lain untuk bergembira… Dan biasanya kami lebih suka anak2 beriadah di taman, pantai, tasik, gunung dan sungai… Sebabnya, mama & babah suka….

Ada juga masanya abid merungut… Kawan2 sume dah pergi sana sini… Abid je yg tak pernah… Abid cakap dia macam ketinggalan zaman je…ehmm… Nak tersenyum je dengar rungutannya, padahal bukan tak pernah masuk kidzania, pusat sains negara, petrosains dan aquaria. Malu agaknya bila tak dpt berkongsi cerita tentang taman tema dgn kawan2…

Mama cakap…. “Abid, semua kat dunia ni akan jadi ketinggalan zaman bila abid makin membesar. Cuma ada 1 je yg takkan ketinggalan zaman sampai kiamat dan abid sudah pun puas mengunjunginya. Tempat tu ialah Masjidil Haram & Masjidil Nabawi… Punya banyak kali abid kesana, terutamanya masjidil nabawi… Sehingga abid mampu berjalan dgn along dan iyad dari hotel karam ke masjid sendirian, untuk turun makan lepas mama dan babah selesai solat… Tidakkah abid rasa itu satu kelebihan untuk diri abid?”

Abid lalu tersenyum….tanda mengiyakan kata2 mama…

Mama selalu berpesan kepada abid…” Jika abid dah besar dan berkerjaya dan masa tu abid nak beri hadiah utk mama, satu je hadiah yg mama nak… Hantarkan mama ke Mekah & Madinah”…

Demand ye mama abid… Huhuhu…

Mulai sekarang, janganlah abid rasa seperti ketinggalan zaman hanya dek tak pernak masuk ke theme park… Meminjam kata sorang uncle ni : TAKDE MAKNANYAAAA….. Hehehe

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on December 30, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: