:: Birthday Wish From Ibu Susuan ::

image

Amani’s pet name… cetot… aunty nor panggil etot….

image

amani mkn biskut…

Terlalu sibuk sampaikan mama tak sempat meraikan kelahiran setahun Amani.

Banyak yang amani lupa bila sebulan di hospital. Antaranya ialah susu botol… Yang paling menyayat hati ialah amani lupa rupa mama yg tak bertudung. Patutlah bila balik rumah amani asyik merengek. Rupanya amani mencari mama yg bertudung. Hampir 2 minggu barulah ‘register’ amani kembali ok.

Maka terpaksalah mama bawa amani ketempat kerja. Sementara mama ke kelas, along tolong tengokkan amani. Tapi most of the time, aunty nor yg jaga dan susukan amani. Lawak betul amani, tak mahu tengok muka aunty nor tapi nak pula bila disusukan. Amani ada ibu susuan. Mama pun ada anak susuan… Baby aunty noris… Huhuhu…

Amani dah setahun… YaAllah, berikan kesihatan yang baik kepada nur amani… Amani sudah mula tunjukkan keinginan untuk makan. Antara strategi yg mama gunakan ialah makan bersama amani dan keluarga. Bila amani lihat semua orang mengunyah, mulutnya sama mcm nak mengunyah. Kemana saja mama pergi mama akan bawa makanan amani.

Amani mkn hanya sedikit. Saiz amani seperti bayi 2 bulan. Sesudu nestum pun amani tak dpt habiskan. Jadi mama beri mkn dlm kuantiti yg sikit tapi kerap… Taklah kerap mana cuma mama ada masa free, mama akan cuba beri amani mkn…alhamdulillah, setakat ni perut amani tak menunjukkan masalah, malah najis amani sgt ‘cantik’ berbanding dgn sebelum operation dulu… Pembedahan usus hari tu agaknya telah membetulkan keadaan usus amani yg selama ni kurang baik dari segi fungsinya. Alhamdulillahh…. Mama doakan amani terus sihat. Senyuman amani sudah cukup mengubat hati sekeluarga….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on December 15, 2012.

5 Responses to “:: Birthday Wish From Ibu Susuan ::”

  1. He eh…dah lama tak singgah sini sebab selalu jumpa Amani kat opis mama, jadi terlupa nak tengok blog. Hepi besday ye Amani…alamak tak sempat nak cari hadiah & kad utk Amani. Hadiah doa pun ok kan? Semoga Amani cepat besar, sihat, ceria dan bijak bistari walaupun keadaan Amani tidak seperti anak biasa…kerana Amani super special!!!

  2. tak sabar nk jumpa amani.. happy belated bday.. cepatnya stahun!!

  3. eehhh.. bila besday setahun amani? tak perasan langsung…. asyik dok ikut perkembagan di hospital, langsung terlupakan hari penting amani…. Happy Birthday Amani…. semoga cecah umur 1 tahun nih, amani akan terus sihat, terus makan, terus minum susu dan membesar dengan serba sempurna…. insyaAllah….

    • Amani lahir on 4 Dis 2011… mama pun tak sempat mmikir…. sebab kuar spital terus masuk opis nak kejar silibus… alhamdulillah ade jg yg kawan2 tolong cover… la ni amani dah nampak keinginan nak mkn…so, apa yg mama kunyah, mama suap kat amani sekali… huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: