:: Bila Mama Naik Angin ::

image

Amani dah sihat… Tq Allah, doc, nurses, and frens….

Amani discharged ahad lepas -2 disember. Hari sabtu tu mama bertekak dengan Medical Officer.

Isunya tidaklah besar. Secara keseluruhannya, amani sudah sihat. MO dr D mendapati jumlah keluaran amani agak tinggi dlm masa 24 jam, yg menunjukkan bahawa amani seolah cirit. Kencing pula sedikit. Dr D bertugas dgn Dr R. Dr D keluar tengah hari, tinggallah Dr R seorang. Mama berjumpa Dr R utk memaklumkan bahawa kiraan Dr D silap. Jwp yg mama dpt ialah “Saya tak tau, dr d dah kira”…sabar je…

Kejap lepas tu, nurse dtg berikan priskripsi ubat yg ditulis oleh dr r. Katanya mama kena beli ubat dari farmasi.

Rasa angin je mama. Mama terus pergi berjumpa Dr R…
Mama : Dr suruh saya beli ubat, hari ni dan esok mana farmasi buka. Takkan dr nak suruh saya melangut 2 hari tanpa buat apa2. Lbh baik dr bg saya balik dan follow up hari selasa dpn.
Dr : Saya dah bincang dgn prof. Prof suruh consume ubat tu 24 jam. Puan suruh ‘bos’ beli kat farmasi luar.
Mama : Kenapa dr tak beritahu masalah saya kat prof. Kan saya dah ckp cuti saya dah habis.
Saya tau ubat tu (loperamide), masa baby amani dah consume tp takde kesan lansung.
Dr : This is prof’s final decision. Kena bg juga.

Memang sangat angin masa tu. Mama terus tinggalkan dr, ambil beg dan bergegas keluar. Mama ckp kat jiran sebelah, kalo amani menangis, suruh dr jaga.

Nak dijadikan cerita, ada pulak ubat tu kat farmasi berbayar.. farmasi tu baru je nak ditutup.

Balik ke wad, mama beri kat nurse. Nurse kena bancuh sbb ubat dlm bentuk kapsul. Nasib nurse tak merungut.

Esoknya, bila dr lain buat round, mereka mendapati kiraan dr D silap. Keluaran najis amani tidaklah byk dan amani dlm keadaan sihat dan sesuai untuk pulang. Prof rao juga menyuruh amani pulang sebelum ada kuman datang hinggap…

Aduhhh kan dah ckp semlm yg kiraan dr d silap. Tengah hari tu, dr bertugas memaklumkan Prof Thamby, dan prof benarkan amani pulang.. akhirnya….. Selepas sebulan 5 hari bermastautin di hospital….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on December 4, 2012.

2 Responses to “:: Bila Mama Naik Angin ::”

  1. sabor jek la kan… kekadang itu lah ragam manusia, terlalu mengikut ‘rules’ sampai takde budi-bicara langsung…. kita pula rasa sakit hati bila manusia itu di kalangan orang yang patut memberi servis pada kita…
    anyway, Amani dah boleh balik… syukur alhamdulillah…. after all she had gone through, she’s such a strong little girl and an angel!!

    • Sib baik doktor2 tu sume dah tukar ke HKL… dah habis period kat PPUM.. kalo tak, ade yang kena smash… hahahaha.. nak buat camna, MO ni tak biasanya kalau nak buat decision akan refer ke pakar… derang tak berani nak buat decision kang kena smash ngan pakar lagi teruk… Tak ape lah, amani pun dah sihat alhamdulillah… jasa2 doktor2 MO memang tak dapat dilupakan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: