:: Along Dah Remaja ::

image

Semalam Along telefon beritahu along dah period.. huhu, sayu pulak mama rasa sebab tak berada bersama keluarga… Along bagitau kakak (sepupu) dah ajar mcm mana nak guna pad… Selebihnya nanti mama ajar..

Along dah remaja… Mulai saat ini, along kena tahu yg semua tindakan yg along buat, ia tertulis didalam buku along sendiri.

Alhamdulillah, didikan awal yg diberikan dan juga pengaruh keluarg/saudara sedikit sebanyak dapat membentuk sahsiah diri along. Along sangat prihatin dgn baju singkat dan jarang… Cuma kadang2 along terlupa pakai tudung bila keluar sidai kain. Mama harap along akan teruskan kehidupan dgn akhlak mulia sbg rujukan adik2.

Tatkala kawan2 sibuk dgn handphone, lagu2 dan komik korea, along sibuk dgn buku cerita.  Pernah Along beritahu bapa kawannya belikan handphone samsung (tah apa modelnya).. kawannya sibuk download cerita korea dan lagu2. Mama hanya beristighfar. Katanya, bapa kawannya bergaji besar dam selalu ke overses.
Ehmmm… Apa yg mama nak jawab ye…

Mama bagitau, inilah yg membezakan bapa kawan along dan bapa along. Bapa kwn along bergaji besar dan berupaya membelikan apa saja gajet kemahuan kawan along. Namun bapanya sudah tentu sibuk dan tak sempat ajarkan homework dan keluar bersama keluarga bila2 masa. Bapa along sentiasa ada masa untuk along… Ajarkan homework along, masakkan apa yg along nak kalau mama malas, keluar bersama anytime, utk minum ptg, sarapan, piknik dan sebagainya. Along pun ada hp walaupun cikai, alah sekadar utk telefon… Mana yang along nak?

Along pilih yg kedua. Alhamdulillah, along dpt membezakan antara tindakan bermanfaat atau sebaliknya..Biarlah kwn2 along dgn cara hidup mereka.. kita ada cara hidup kita sendiri….

YaAllah, peliharalah puteriku ini dari apa juga anasir yg tidak baik.. semoga along menjadi anak solehah…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 30, 2012.

2 Responses to “:: Along Dah Remaja ::”

  1. Salam buat roon, ibu gagah dan anak yg baru melangkah pintu remaja. Terharu dan gembira kerana Roon dan Jainol dikurniakan anak yang mulia sahsiahnya. Mudahan cita2 dan doa Roon Allah perkenankan.
    Buat diri yang tiada, rasa bahagia dan bersyukur kerana Allah beri permata hati yang menyenangkan hati untuk sahabat-sahabat. Semoga berkekalan rahmatNya hingga akhirat

    • Mulia atau tak, hanya Allah saja yg sesuai menilai. Kadang2 dalam mendidik anak, ade juga yg kita keciciran… Cuma, kita harapkan Allah sentiasa membimbing kita dan keluarga kita….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: