:: Sejarah Yang Menakutkan ::

image

macam jahit guni beras…

image

saat2 getir bila badan panas hingga 39.8 degree…

Agaknya sebab tu dipanggil sejarah hitam. Walopon hitam itu menawan, ia warna yang menakutkan.

Pagi tadi Amani demam 38.2. Tidaklah terlalu tinggi. Mama lap badan dan lepas tu dah ok. Kawan2 opis mama datang ziarah. Officemate babah pun datang juga. Masing2 gerun tengok jahitan sepanjang perut amani. Dah kering jahitan tu. Walaupun tak cantik tapi sekurang2nya amani tak menderita luka bernanah seperti sebelum ni.

Lepas kawan babah balik, mama pun baru habis berikan amani 10ml susu. Usai solat zohor, amani nampak seperti menggigil. Andaian mama munkin kerana demam. Kulit amani mula bertukar biru bertompok. Doktor bertugas memang sedia didepan mata. Masa dr sampai, bibir amani sudah seperti biru. Amani menangis seperti meneran dan matanya tepat memandang mama, seolah hendak memberitahu sesuatu. Mama cuba tenangkan amani tp dia masih menangis. Setitis drh diambil dan bacaan glukos 3.4, stabil. Dr mengarahkan nurse mengambil peralatan suction dan oksigen.

Dalam keadaan panik, mama minta dr cepat sikit… Nampak nurse jalan lenggang2, sedangkan amani semakin sesak… Dr suruh mama jangan panik… Mama dan babah disuruh tunggu diluar..

Hasilnya, suction yang dibuat, banyak kahak.. termasuk juga susu dan ubat berwarna kuning yg mama baru beri.

Amani seolah tercekik kerana kahak yang banyak, ditambah pula susu yg tidak dapat turun ke perut. Andaiannya, munkin ada susu yg masuk ke paru2.

Sample darah dan kahak diambil untuk diperiksa kuman jenis apa. Xray dada menunjukkan tompokan2 putih… Menandakan samada kahak atau susu..

Allah, inilah yg terjadi masa amani bayi dulu.. tersedak susu, lalu tidak sedarkan diri. Selepas tu kena pula jangkitan paru2.

Suhu badan amani naik mendadak ke 39.8. Ia tanda2 kehadiran kuman…

Alhamdulillah, mama berada disamping amani ketika kejadian. Semoga Allah sentiasa melindungi bidadari kecil ini. (Sekali lagi, bukan senang hendak ke syurga, bukan?)

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 23, 2012.

4 Responses to “:: Sejarah Yang Menakutkan ::”

  1. ya ALLAH.. pjg nyer jahitan…😦 semoga cepat sembuh nyer amani sayang.. doa auntie slalu ade 4amani sayang….

  2. MCik Ita ngeri tengok jahitan tu…kalau baby biasa oklah, tapi ni pada Amani… tak sanggup memikirkannya… cuma dapat mendoakan segala yang terbaik utk bidadari comel ini. Ya Allah perkenankanlah segala doa yang dipanjatkan untuk anak kecil ini… permudahkanlah segalanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: