:: Ada Apa Pada ‘A’ ::

image

Alahai gambar posing montot la pulak…

Rasanya dah beribu kali mama beritahu, mama tak kisah berapa A yang along dapat. Tapi tidaklah sampai along leka pula.

Ehmm Along tidak mununjukkan apa2 reaksi ketika menghulurkan slip keputusan upsr. 4A 1B. Tahniah… Mama pun takde ekspresi kerana otak serabut teringatkan Amani di icu.

3 tahun belajar di Saudi, peperiksaan bukanlah apa-apa. Mereka belajar bukan untuk menduduki peperiksaan… Mereka bergembira di sekolah, berkomunikasi, membuat kerja lapangan dan latihan amali yang kadangkala perlu disiapkan dirumah. Dan keputusan peperiksaan tidak bertujuan membandingkan dgn pelajar lain. Ia adalah ukuran pencapaian diri sendiri, samada mencapai matlamat, excellent atau tidak mencapai matlamat.

Komunikasi dan sikap juga dipantau rapi. Jangan ada sikap buruk, atau surat akan sampai kepada ibu bapa. Sistem ganjaran sangat dititikberatkan. Seronok bukan kepalang dengan hadiah comel jika berkelakuan baik, suka membantu dan bertoleransi.

Allah… Alhamdulillah. Mumtaz utk psra dan 4A 1B adalah keputusan yg sangat bagus untuk seorang kanak2 yg baru memulakan sesi darjah 6 selepas 3 tahun diperantauan.

Mama bangga denganmu Along. Teruskan usaha, dan jangan endahkan sikap bertanggungjawab dengan ahli keluarga..  in syaa Allah doa mama akan sentiasa bersamamu selagi nyawa ditanggung badan.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 20, 2012.

4 Responses to “:: Ada Apa Pada ‘A’ ::”

  1. A for Aizal… hehehe…. Tahniah Along Alin… I think, part of the success datangnya dari bersekolah di sini – berjaya bentuk along untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar untuk mendapatkan ilmu, bukan untuk mendapatkan markah semata-mata… another part, comes from her inner-self, and last part definetly comes from the parents…
    insya Allah, a good beginning for her…. perjalanan masih jauh….

    • Puas hati juga bila dia boleh mencapai sedemikian rupa tanpa extra tusyen.. cikgu mmg by default bg tusyen free. Selebihnya sikap diri dan support dari kita. Cikgu jg memainkan peranan penting . Kalau cikgu kelas awal2 lg dah tak expect anak murid boleh berjaya, mcm mana nak berjaya..

      Ada cikgu yg sanggup buat nota ringkas darjah 5 dan bg kat alin… Sgt membantu.. dan sgt appreciate usaha cikgu tu…

  2. tahniah Alin.. you meant so much more to mama, babah & family.. teruskan jadi anak yg cemerlang =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: