:: 12 Jam ::

image

Hari ni masuk 9 hari Amani dibedah. Namun perkembangan usus amani tidak begitu memberansangkan. Jus perut masih keluar melalui ng tube. Dan keluaran stoma sedikhit dan tidak konsisten. Prof Thamby kerap datang melihat keadaan Amani, dan petang tadi beliau memberi 12 jam lagi untuk dipantau. Jika usus amani masih belum menunjukkan perubahan, pembedahan semula akan dibuat…

Allah… Setiap hari mama mengharapkan sesuatu keluar dari stoma Amani. Ada sekali, keluaran mencecah 125ml, seolah menunjukkan perubahan positif. Namun, selepas itu tiada lagi keluaran.

Prof Thamby telah cuba sedaya upaya untuk tidak memotong mana2 bhg usus semasa pembedahan. Walaupun katanya, terdapat kawasan usus yg agak kurang normal. Beliau cuma membetulkan usus yg melekat dan juga membuang semua blockage dlm usus.

Pada saat ini, mama masih berharap (tentunya pada Allah) agar usus amani mampu berfungsi dengan sempurna. Tiada apa yg mampu menghalang kehendak Allah. Cuma kita manusia terkadang merasa apa yg kita inginkan itu lebih baik dari kehendak Allah. Ya, mama berharap supaya tidak perlulah pembedahan sekali lagi. Kerana episod penderitaan amani munkin berulang.

Apa pun, mama tak tahu apa perancangan Allah. Mama berdoa apa jua takdir atas Amani kali ini, agar amani tak perlu melalui detik kesakitan dan ketakutan (amani takut pd orang selain keluarga) serta penderitaan. Sudah hampir 3 minggu amani tidak senyum. Mama sangat merindui senyuman Amani…. Mama harap mama juga kuat untuk hadapi semua ini.

Wahai Allah, berilah yang terbaik buat bidadariku, Nur Amani.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 15, 2012.

3 Responses to “:: 12 Jam ::”

  1. Wahai Allah, makbulkanlah doa sahabatku ini untuk bidadarinya Nur Amani. Kurniakanlah yang terbaik untuk anak kecil ini.. Aminnnn…

  2. Allah…Ya Allah, tunaikanlah permintaan sahabatku ini, jika tidak Engkau kurniakan di dunia ini, tempatkanlah mereka ini disyurgamu Ya Allah… tanpa hisab Ya Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: