:: L e n g a n g ::

image

Ia seperti satu bencana. Asalnya wad acute ini penuh dengan bayi yang baru naik dari icu atau dewan bedah. Wad acute merupakan wad bagi pesakit yg baru lepas menjalani pembedehan yang memerlukan pemantauan rapi dari nurse.

Episod bencana bermula pada satu mlm bila kesemua bayi demam panas. Ia satu petanda yg tidak bagus. Disebabkan kesemua bayi diberi makanan TPN, maka doktor mengesyaki tpn menjadi puncanya. Mungkin tpn yang dibekalkan mengandungi mikroorganisma. Mlm itu, tpn dihentikan serta merta, kecuali pada amani. Dr menganggap amani demam kerana infection pada luka pembedahan.

Esoknya, amani pula demam. Lalu tpn dihentikan. Seorang bayi tak sampai sebulan mengalami demam yg agak kronik lalu dibawa ke icu. Esoknya, seorang lg bayi dibawa ke icu.

Tinggallah 3 bayi lagi di wad acute ini, berusaha keras bertarung dengan kuman tersebut. Platelet amani jatuh separuh menjadi 50.. antibiotik ditukar.

Puas nurse dan pekerja pencuci sibuk membersihkan wad. Mereka akan dipersoalkan oleh pihak yang berkenaan.

Apapun penyebabnya (masih dlm siasatan), alhamdulillah demam amani tidak berulang. Selepas menukar antibiotik, platelet amani meningkat. Namun amani masih bertarung dengan luka yg bernanah. Usus amani menunjukkan perkembangan positif tp dengan kadar yg sangat perlahan. Xray kedua dibuat menunjukkan perkembangan yg baik berbanding dgn ketika seblm pembedahan…

Amani kena kuat ye, nak… Mama sanggup buat apa saja asalkan amani kembali sihat.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 14, 2012.

2 Responses to “:: L e n g a n g ::”

  1. wahhh…. lapangnya wad nih… tak nampak crowded dengan katil… sofa bulky tu utk mama ke?
    just wondering, camne nurse dan pencuci membersihkan wad, sedangkan ada lagi 3 lagi patient dibiarkan di dalam wad? bukan depa kena sterelize the whole room ka to make sure bacteria-free?
    Amani memang strong girl!!! insyaAllah doa mama yang paling mujarab… doa auntie mengiringi…..

    • Ha mmg wad ni lapang … Sbb katil baby kecik.. ya, sofa tu utk mama. Wad ni equipped ngan life support…
      Depa lap la apa yg patut.. huru hara juga. Semua brg2 yg diguna takleh bawa kuar. Makanan mama pun depa pack, tak buh dlm pinggan. Brg2 sume takleh share… Huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: