:: Masing-masing Punya Ujian ::

image

Kehadiran Amani bukan satu ujian. Namun bila ditimpa sakit sebegini, ia memang ujian.

Setiap insan punya ujian. Jangan dikata, “aku ok je, takde rasa apa2 ujian pun”… Itulah ujiannya, iaitu tidak tahu bahawa dirinya sedang diuji.

Bila lama berkampung di wad, mama nampak kepelbagaian penyakit yang kadangkala tak terfikir dek akal. Antaranya:

– bayi lahir dengan masalah usus
  * usus diluar perut
  * terdapat kerosakan saraf    dibeberapa bhg usus
  * usus bocor
– bayi yang tidak boleh menelan
– bayi monosomy18 (kurang 1 kromosom no 18)
– masalah jantung kritikal
– bayi tiada anus / pembentukan tidak sempurna kerana :
  * usus, salur kencing & salur vagina bercantum
  * usus & salur kecing bercantum
  * usus & salur vagina bercantum
  * usus besar tidak sampai ke anus (mcm amani)
– salur pernafasan bercantum ke paru2

Dan pelbagai lagi masalah yang mana jika kita tidak berada di wad, memang tak tahu.
Mama dapat rasakan apa yg sedang dirasai oleh ibu2 kepada anak2 sakit seperti diatas. Ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit, dan bukan hanya pada masa ini. Pengorbanan ini adalah pengorbanan jangka masa panjang. Mungkin hingga akhir usia.
Namun, jika diperhatikan, sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Jika ujian itu tidak tertanggung, Allah hadirkan insan2 yang sanggup membantu.

Ada seorang bayi yang perlukan rawatan yg panjang di wad. Ibu bapanya bekerja di Penang. Majikan memindahkan ibu bapanya ke cawangan berdekatan dengan hospital. Nenek pun ikut sekali berpindah. Waktu siang, nenek akan menemani bayi di hospital. Bila malam, ibunya pula akan mengambil shif manakala bapa akan mengambil dan menghantar ibu dan isterinya.

Bukan semua majikan atau nenek yg mampu menyediakan persekitaran yg menyokong ibu ini. Sesungguhnya Allah mengatur yg terbaik.

Apa yang sedang mama hadapi juga sudah diatur. Mama sentiasa berdoa supaya sentiasa diberikan kesabaran dan kekuatan. Bukan mudah melihat bayi kecil yg istimewa menangis kesakitan. Peritnya terasa hingga ke tulang hitam.

Bertahanlah bidadari mama…..

Allahuakbar..

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 9, 2012.

4 Responses to “:: Masing-masing Punya Ujian ::”

  1. Salam Zna…
    Camna Amani hari ni? Semuga makin sihat, Ani selalu teringat dia.. dan doakn yg tbaik utk Amani =)
    Tahniah utk Along, bila Amani dah kuar wad dan sihat nanti kita kuar sama ya.. Ani rindu nk klua jln2 & mkn2 ngan Zna (dulu kita slalu buat kn)😥
    sedih juga tp Ani paham keadaan Zna.. insyaAllah Ani akn slalu support Zna ya – hidup kita semakin matang, perhubungan kita juga..

    • Salam…ya betui tu.. jln dan ketawa sama2.. betul2 release tension.
      Luka amani infected, no wonder dia salu express rasa sakit. Hope morfin dpt bantu kurangkan sakit. Dr bekalkan juga lipid utk bykkan lemak, albumin utk bantu healing process. Dr bagi glukos sket spy dia dpt
      hisap.. reduce sikit rasa tension amani.

      Buat masa ni, doa byk2 agar cepat sembuh.

  2. gambar Amani yang ni sebijik muka abang Iyad….🙂
    amani good girl, sabar sikit lagi ya comel… you’ll recover…
    btw, mama.. dia dah mula makan/minum ke?

    • Teacher amani pun ckp sebijik iyad…
      Sian sgt dia nangis kuat bila dr buat dressing luka yg bernanah… Dr dah nak kurangkan morfin sbb dah 4 hari…
      Susu blum start lg sbb keluaran stoma tak byk lg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: