:: 5 Jam Yang Mendebarkan ::

image

image

image

Ia sungguh mendebarkan. Manakan tidak? Pembedahan sebelum ini untuk memperbaiki duodenal atresia & membuat kolostomi hanya mangambil masa 3 jam sahaja…

Berdebar dan susah hati serta rasa sengkak di dada hanya Allah saja yang tahu. Sedar tak sedar, mama berjalan kehulu kehilir hampir sejam!

“Laila hailla anta, subha nakainni kuntu minadzolimin”
“Ya hayyu ya qayyum, birahmatika astagheeth”

Mama ulang sehingga hati berasa lega dan rasa debaran berkurangan….

Allhamdulillah bila prof thamby datang dengan senyuman. Katanya semuanya ok. Amani akan dipantau di icu sehingga ususnya dapat beroperasi dengan sempurna dan keadaan pneumonia terkawal.

Bertahan ya sayang mama. Amani mengerutkan dahinya bila namanya dipanggil. Beliau mencebik, seolah hendak mengadu sesuatu.

Nurse cakap amani sepatutnya tak rasa sakit kerana diberikan morfin. Kasihan melihatnya mencebik.. munkinkah sakit, sedih atau hendak mengadu?

YaAllah, kutinggalkan Amani di icu, semoga Engkau sentiasa memeliharanya.

Nota: Walaupun dicop anak syurga, bukan senang nak ke syurga. Pelbagai kesukaran dan kesakitan perlu dilalui.
Apatah lagi kita yg normal ini. Tiada dugaan, tiada kesyukuran, banyak yang tiada berbanding ada, ingin ke syurga juga kan? Apa yg kita sudah dan akan lakukan untuk ke syurga?

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 7, 2012.

4 Responses to “:: 5 Jam Yang Mendebarkan ::”

  1. Alhamdulillah telah selesai…maknanya dibuat sekali ke sambung ke dubur tu? Atau nanti yang itu juga kena buat (bila dah capai 8 Kg kalo tak silap akak)
    Ye, hendaknya Amani dapat bertahan dengan keadaan sekarang dan cepat sembuh… Akak faham perasaan Ina, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ina pun kena kuat ye, (akak pun nampak Ina memang kuat)
    Semoga segalanya lancar dan dipermudahkan…

    • Ni operation utk buat correction je. Yg anus tu buat next time… Kuat tu, kdgkala rasa nak rebah juga…

  2. sian budak comel amani… berselirat lagi wayar2 kat badannya…. gambar kedua tu kat ICU ke sebelum operate? insyaAllah Amani, ramai auntie and uncle yang mendoakan kesihatan Amani…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: