:: Kasihan Amani ::

image

image

Dalam kekalutan memerangi virus RSV yang menyebabkan pneumonia, amani tiba2 saja muntah dan diikuti dengan kembung yang agak tidak menasabah. Kembung yang terlampau sehingga boleh nampak bonggolan2 atas permukaan perutnya.
Muntah amani berwarna coklat likat, menunjukkan iron yang diambil dimuntahkan semula…
Medical officer dipanggil kerana houseman officer tidak dapat membuat penjelasan tentang apa yang terjadi.
MO meminta mama observe sehingga pagi.
Paginya, datanglah segerombolan doktor. Ketua doktor akhirnya memberitahu mama yg mereka mensyaki terdapat blockage diusus amani. Talian oksigen dimatikan kerana kadar kahak semakin berkurangan. Line baru dipasang dan amani dipuasakan serta dipasang ng tube.

Prof Thamby dan kumpulannya dipanggil untuk membuat pemeriksaan lanjut, dan xray jg diambil.
Amani merengek sepanjang hari kerana tidak selesa. Kasihan amani.

Antara yang mama faham daripada hasil perbincangan antara prof thamby dan kumpulannya ialah:

– terdapat ketidakimbangan elektrolit kerana ambilan supplemen dan antibiotik yang memberi kesan2 berlainan kepada bayi. Augmentin menyebabkan cirit. Carborie juga menyebabkan cirit manakala iron menyebabkan sembelit.

– xray tidak menunjukkan sebarang bengkakan, bermakna tiada blockage

– virus rsv kadangkala merebak ke bhg lain spt usus yg memperlahankan pergerakan usus

Prof Thamby cakap ‘combination factor’ yg sebabkan amani menjadi begitu.

Sungguh kasihan melihat amani. Lapar, kembung , kahak… Sehingga petang, tiada lansung keluaran stoma. Perut amani dipenuhi angin yg tidak bergerak lansung.

Apa yg mampu mama buat ialah menenangkan amani sambil mengusap perutnya dengan minyak. Ada ketika, beliau tenang dan tidur dgn nyenyak.

Mama agak terkilan kerana terdapat segelintir dr mahu amani cepat naik berat badan, lalu memberikan pelbagai supplemen. Memang betul amani kekurangan sel darah merah tapi janganlah nak naikkan on the spot tanpa mengambilkira faktor amani yang premature dan mpy kolostomi. Berat badan amani sekarang dalam 4.5kg dengan senangnya akan turun kerana dipuasakan.
Kasihan Amani!

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on November 4, 2012.

5 Responses to “:: Kasihan Amani ::”

  1. allaaaaaa… siannya auntie punya cutie girl nih.. berpanjangan demam dia ropanya… auntie tak perasan la…. sebuk menjaga anak2 angkat, tak perasan anak buah sorang nih sakit… sian dia kena sumbat macam2 supplement… naughty la dr semua tu, bg tambah amani sakit…. mama, rsv virus tu dah terkawal ke belum?
    take care eeehh mama… and take good care of Amani too… we pray for both your health… insyaAllah speedy recovery for Amani…

    • Kesiam sgt.. bukannya dia tau dia takleh minum susu.. walopon dlm drip ade gula, baby still nak menghisap. Dengan kembung mcm org mengandung sure sengkak rasanya..
      Haru la tgk dia… Huhuhu

  2. tabah lah mama amani.. kat PPUM lagi?

  3. MCik Ita doakan Amani dipelihara oleh Allah, kuat melawan apa jua penyakit dan prosidur yg dibuat utk menyembuhkan penyakit sedia ada…dan cepat sembuhnya…boleh balik rumah… dan mama pun boleh sambung keje… Perkenankanlah doa2 kami ini wahai tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: