:: Amani & Gelang Emas ::

image

image

Gelang emas ni tak mahal… Tapi bukan semua boleh beli… Huhuhu… Takde emasnya, cuma taging kaki utk warded.
Aduiii… Baru je khamis lepas mama ke ppum untuk amik injection pneumococcal 2nd dos… Malamnya amani demam. Demam lepas injek tu perkara biasa tapi amani batuk berkahak pula..
Mama bawa ke Salam Medical Center dan doktor bertugas beritahu amani terkena mild lung infection.. since amani baby istimewa, dr cadangkan amani dihantar ke wad SMC. Memandangkan rekod amani di ppum, mama minta dr tulis surat rujukan untuk mama bawa ke bhg kecemasan ppum… Hari ahad, hanya kaunter kecemasan sj dibuka.

Ya, selepas xray, doktor ppum sahkan amani alami lung infection. Sampel darah diambil dan amani dihantar ke wad. Amani diberikan o2 kerana bacaan oksigen dalam darah agak rendah. Since mama yang dukung amani, mama ditolak atas wheelchair oleh kelindan perubatan… Malunya naik wheelchair tp sihat walafiat. Puas mama minta nak jln kaki.. tp mcm mana pulak tong gas amani? Adoi, tebal muka rasa sementara nak sampai wad pead 2 dari klinik kecemasan.. huhuhu …
Kesian kat amani kerana amani ni malu2 orangnya… Puas melalak sampai sembab muka…
Amani, cepat sembuh ya. Mama doakan amani sihat. Takmau ada hingus2 sebab nanti nak buat DMSA prosedur pulak… Masa tu amani kena 100% sihat. Selagi takde result dmsa, prof thamby taknak proceed dengan operation utk MFA amani tu… Mama juga yg susah… Sian kat mama…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on October 28, 2012.

4 Responses to “:: Amani & Gelang Emas ::”

  1. Semoga Amani cepat sembuh. Dan semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik untuk Mamanya juga.

  2. Assalamualaikum mummy,

    Saya ke sini sebab tengah search mengenai vaccine Pneumococcal. Setahu saya, vaccine ni hanya private yg provide. Boleh saya tau bagaimana boleh dapatkan vaccine tersebut di PPUM? Dan berapa charge untuk satu dos.

    • Salam…utk dptkan vaksin pneumococcal di ppum, kena bawa baby walk in ke klinik am … lps jumpa doktor, doktor akan bg prescription. Kemudian bawa prescription tu ke bhg injection (kat tingkat atas)… sblm jumpa nurse, kena pegi farmasi dan bayar dulu. Bawa resit ke bhg injection dan bg ubat kat nurse. Nurse akan injek. Proses pergi farmasi ambil ubat dan bayar kena repeat 3 kali…1 dos rm160…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: