:: Menguji Kognitif Amani ::

image

So happy!

Walaupun Amani sudah mencecah 10+ bulan, umur biologi amani dalam 7+ bulan… Bila diases, perkembangan sebenar amani masih dalam linkungan 3-4 bulan.

Dengan berat tak sampai 5kg, tak banyak yang mama boleh harapkan. Amani boleh meniarap tapi dia lebih suka baring melentang atau mengereng. Menyusur atau merayap jauh sekali.

Cuma satu je yang mama perasan, emosi amani agak bagus. Mencebek ketika hendak ditinggalkan, atau ketika nampak mama hendak fetch dari penjaga. Akhir2 ini, amani sudah pandai tersenyum dan ketawa bila nampak mama datang untuk ambilnya pulang.

Mama cuba uji lagi.. Antaranya:

1. Amani mencapai beg plastik disebelahnya, lalu memasukkan dalam mulut. Babah tarik plastik tu, amani menangis. Babah bagi semula, amani senyap..

2. Mama pasang video clip kat hp, dan sorokkan di sebelah amani. Amani mencari2…

3. Mama dengan sengaja gigit kaki amani… Bila diacah lagi, amani cuba melarikan kakinya daripada digigit…

4. Amani menarik kain yang sengaja diletakkan diatas mukanya.

Secara teorinya, mama rasa perkembangan emosi & kognitif tidaklah terlalu terkebelakang. Mama harap amani akan terus belajar…

Kepada ibu2 yg mempunyai baby ds, ingat perkara2 dibawah ni:

1. Raikan, bukan bandingkan

2. Bayi kita mempunyai jadual dan jadual tu bukan milik kita.

3. Yakinlah yg bayi kita akan boleh mencapai apa yg bayi lain capai.

Dan jangan lupa, sayangilah mereka, nescaya anda akan berasa super gembira bila melihat mereka tersenyum. Mereka akan terus tersenyum, tersenyum & tersenyum kerana mempunyai ibu seperti anda.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on October 14, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: