:: Musim Kerinduan ::

Musim haji datang lagi… ia penuh dengan nostalgia.. Tahun 2008, mama hanya melihat dari dalam tv, mendengar lagu2 haji di spacetoon… Tahun 2009, hati berdebar2 menanti permohonan haji. Bila tasreh diterima ditangan, masa tu rasa nak melompat.. Tasreh ni lah yang menjadi ID untuk mengerjakan haji,,,

Image

Tasreh – surat kebenaran mengerjakan haji untuk penduduk Saudi

Kosnya berapa ya? Oleh kerana tahun 2009 isu H1N1 sedang memuncak, permohonan haji agak kurang, Jadi kami dapat pakej royal dengan harga SR3800, dimana tahun sebelumnya berharga hampir SR5000 (atau lebih).

Allah…Allah…Allah… kerdilnya rasa bila diingatkan semula semua kenangan itu…Sangat kerdil. Sesungguhnya manusia tiada kuasa, Allah yang berkuasa. Mama & babah tidak pernah merancang untuk mengerjakan haji dalam masa terdekat (thn 2008), tabungan tabung haji pun tak seberapa… Mendaftar di tabung haji pun belum.. Ya sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang.. Dapat pula khemah yang jaraknya 10 minit berjalan kaki ke Jamrah… Allah, nikmat mana lagi yg kami ingin dustakan.

Mama & babah di depan khemah kami di Mina… inilah ‘hotel’kami selama 7 hari.. Walaupun ia hanya khemah tapi kemudahannya seperti sebuah hotel.. 1st class….

Pemandangan selepas solat jumaat.. jutaan umat!

Nak diceritakan detik2 mengerjakan haji, tak tercerita rasanya. Terlalu banyak. Kadang2 terasa seperti bermimpi. Nostalgia yang paling membawa kenangan ialah “Ämani”. Kerana Arafah menjadi saksi ketika mama memohon dari Allah, tatkala dikatakan Allah berada paling hampir dengan manusia..

“Ya Allah, kurniakan aku anak yang mampu membawa kebaikan kepadaku dan suamiku di dunia dan akhirat”. Amanilah jawapannya… Nostalgia paling istimewa buat mama….

Dalam khemah di Arafah… menunggu saat-saat wukuf … Tengah bersenang-senang.. Ustazah suruh kami tidur… Hati teruja, tak dapat nak lelapkan mata walaupun kami diberi bantal sorang sebiji…

Pengalaman “cash on delivery” pun ada huhuhu…. Jadi setiap kali musim haji, mama akan cari balik lagi di spacetoon… Ianya lagu kanak2 tapi iramanya sangat memberi kesan dihati…

Satu lagi lagu nostalgia. Wadeeli Salami..

 

~ by Zarina on October 12, 2012.

2 Responses to “:: Musim Kerinduan ::”

  1. harga pakej haji kat yanbu utk tahun ni SAR6500 seorang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: