:: Mee Udang Mama::

image

Haa satu periuk besar.. boleh cover utk 50 orang…

Resepi mee udang anggaran 30 – 40 org makan. Mee udang ni adalah resepi yang mama ubahsuai sendiri, berdasarkan kesedapan tekak sendiri.. ahaha… Jika nak buat dlm kuantiti sedikit, kena kurangkan bahan2. Yang penting disini ialah kaedahnya…

Bahan2
1 kg daging (kalau boleh ada lemak sikit.. daging tetel paling best)
1 kg udang kertas
1 kg udang saiz sederhana (sbg aksessori)
2 kg keledek oren (kentang pun boleh)
1/2 kg sotong (sbg aksessori je)
2 tin sup tomato kimball
100 gm cili kering (ikut suka sebenarnya)
4 labu bwg besar
2 labu bwg putih
1 cawan kicap manis
2 cawan gula perang
1 cwn sos tomato
Asam keping
Garam
3 kiub bilis

Cara2:
– Cili kering dibuang biji, dan digoreng dgn sikit minyak hingga naik bau. Blend dgn air panas
– blend bawang besar dan bawang putih
– tumis semua bhn2 diatas yg sudah diblend sehingga betul2 wangi
– udang kertas dibuang kulit. Kulitnya direbus, diblend dan ditapis ambil airnya. Isinya juga diblend halus. Campur keduanya
– keledek direbus dan diblend bersama air rebusan tadi
– daging dipotong dan direbus hingga empuk. Mama rebus dulu, baru potong. Asingkan air rebusan
– bila cili sudah wangi, masukkan air udang, udang blend, keledek blend, air rebusan daging, sup tomato.
– masak hingga mendidih. Masukkan gula, asam keping, garam, kiub bilis.
– bila sudah hampir nak siap, masukkan hirisan daging, udang sederhana besar dan sotong.
– perasakan masam, masin dan manisnya.

Bahan tabur:
– sawi celur
– taugeh celur
– tauhu
– telur rebus
– bawang goreng

Banyaknya mama masak ya… Sebenarnya atas permintaan bapa mertua yg sangat meminati mee udang mama (perasan sket), untuk majlis tahlil allahyarham abg kamal…

Mama harap ahli majlis suka, walaupun mee udang bukanlah makanan kebiasaan orang Klang semasa kenduri, apatah lagi majlisnya dibuat selepas isyak….

Nota: Jika ada sesiapa nak ambil resepi ni, dipersilakan. Cuma mama harap nama “mee udang mama” dikekalkan….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on October 8, 2012.

6 Responses to “:: Mee Udang Mama::”

  1. Best nyeeeeeee …ari tu order kat restoran kat KPJ Damansara… huhhh out sungguh rasanya… tak sama cam roon buat

    • Meh mai umah aku..nanti aku masak utk ko…kalo kat kedai derang suka sangat tambah tepung jagung utk pekatkan kuah…

  2. wooo….woooottt…. mee udang mama tuuu…. banyaknya masak tu… ada kenduri kah?

    • Ye, utk majlis tahlil biras… mertua beriya2 suh kami masak. sebelum ni dah request tapi kami ngelat.. kali ni tak dapek nak ngelat….

  3. meleleh air liur.. :P~~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: