::Olimpik Bersama Amani::

image

Alahaiii…. cik lembut mama nih… ok, you can do it Amani!

image

Amani wat aksi gimnastik…

image

Rakan se-sesi Amani.. semua berisi belaka…

Hari ini dlm sejarah. Mana taknya, pukul 9am, hantar amani ke kiwanis. Lepas tu berkejar ke ppum. Ada 3 temujanji kat ppum. 11am temujanji dengan pakar kardiak. Minggu lepas amani buat echo test. Technician tu ckp jantung amani tiada lagi masalah… So, doktor kardiak yang mengesahkan hasil scan tersebut. Ya, alhamdulillah tiada lagi lubang kat jantung amani.

Pukul 2 pula temujanji dengan doktor respiratori… Pukul 3 dengan doktor surgikal…

Ya, alhamdulillah. Banyak yang dibincangkan dengan doktor tp yang pasti doktor berkata progress amani sangat baik, kecuali kenaikan berat badan.

Apa yang bagusnya? Mama luahkan rasa gusar kerana bayi ds lain pada umur yang sama sudah hampir boleh merayap… Namun pd pandangan doktor, pencapaian yg ditunjukkan oleh amani hari ini (cuba mengangkat badan dan mengawal kepala bila tangannya ditarik ketika baring) sudah sgt baik krn amani adalah bayi ds yg preemie… Oh ya, mama tak boleh bandingkan amani dgn bayi lain… Dan doktor sgt impress bila mama cakap yg amani tidak pernah demam (kecuali selepas injection) sepanjang mama menjaganya.

Alhamdulillah… Terima kasih Allah kerana memudahkan mama membesarkan Amani… Amani jg tidak byk ragam.. cuma kebekangan ini sudah pandai bermain dgn emosi.. seperti menangis jika tidak didukung atau merengek minta didukung. Amani sudah pandai senyum lebar dan kadangkala cuba berbual dgn mama….

Doktor menyuruh mama menghantar sampel najis amani untuk diuji lg.. dan amani juga perlu menjalani xray ginjal untuk memastikan keadaan ginjal kerana sifat pundi kencing amani yg boleh membuatkan air kencing naik semula ke ginjal. Jika air kencing mempunyai kuman, ia akan memberi kesan buruk kpd ginjal. Oleh sbb itu, amani perlu mengambil antibiotik utk memastikan air kencingnya bebas dari kuman….. Tp mama selalu terlepas waktu untuk memberi antibiotik kpd amani… Huhu…

Ya Allah permudahkanlah urusan ku sepanjang membesarkan Amani…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on August 12, 2012.

2 Responses to “::Olimpik Bersama Amani::”

  1. Ya Allah, permudahkan lah sahabatku Zarina dan keluarganya menjaga kurninaanMu yang istimewa – Amani menjadi anak yang bijak, sihat dan solehah.
    Jadikan lah juga Amani anak yang teristimewa dari yang teristimewa dan pembela ibu bapanya di akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: