:: Bila m Menjadi M – ia suatu penyakit ::

image

Stok susu untuk bekal ke skolah amani…

image

Aishhh brutalnye wajahmu…

Semenjak dua menjak ni, malas betul mama nak update blog ni… Walaupun ada a few entries yang boleh direkodkan…

Majlis kenduri berkhatan abid selesai dengan jayanya Alhamdulillah. Percaturan kami untuk menyediakan lauk simple tidak mengecewakan. Disebabkan tujuan majlis ini adalah untuk kanak2, kami sediakan sate dan kambing bakar untuk tetamu… Menu utama cuma nasi minyak, ayam merah dan acar nenas. Ditambah dgn sambal goreng sedap dari mak uda, sangat lengkap rasanya. Sampaikan ramai yang meminta contact pembakar kambing dan sate..

Kambeng bakar yang menjadi pujaan ramai.. (mama tak mkn sbb berpantang kambeng)

Sambal goreng sedap from Mak Uda

  • Sate panas2…

Ada juga yg bertanya, majlis akikah kah ini? Tidak… Akikah amani mama buat di rumah anak yatim semasa amani masih di hospital lagi.. hati rasa lebih tenang menjamu anak yatim dan miskin yg bakal menjadi hafiz insyaAllah…

Itu cerita bulan lepas.. Baru2 ni kami ke floria… Kami sekeluarga sangat sukakan pokok, bunga dan landscape.. sekadar menjamu mata… Buat masa ni kami cuba elakkan dari membeli pokok kerana mengikut perancangan, renovation rumah akan dimulakan lepas raya nanti. Jika dibeli sekarang, ada pokok yg tidak terjaga nanti..

Semalam amani menjalani pemeriksaan mata, untuk mengetahui power matanya.. owh, mata kanan amani mengalami atigmatisma, dengan power 250. Agak tinggi. Pemeriksaan saraf mata juga dibuat, alhamdulillah tiada masalah saraf. Ehmmm, perjumpaan seterusnya akan dibuat dalam masa 2 bulan dan kali ini dengan pakar mata kanak2.

Hari ini amani mula ke pusat jagaan… Amani mengamuk sebab tak mahu botol.. mama terpaksa lari sekejap untuk meninjau… By the time mama sampai, amani dah nak tidur dan dapatlah minum sikit dari botol.. mama harap amani akan slowly belajar menyusu botol… So far mama dah stock up dalam 20 botol, each botol dalam 2 – 2.5 oz.. amani kena biasakan diri di sini ye.. mama terpaksa pergi kerja… Lunch hour mama boleh visit amani.. amani kena behave ye…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on July 3, 2012.

6 Responses to “:: Bila m Menjadi M – ia suatu penyakit ::”

  1. hemmm..memang sedap hidangan kenduri berkhatan abid. Masih terasa sedapnya lauk2 dan nasi yang dihidangkan..fuhhh sambal tempe ..ni yg tak leh lawan🙂

    amani, jangan nakal yer..rajin2 minum susu ikut botol..rasa sama je, cuma feel beza sikit.

    amani astigmatism yer..sama la ngan che’ B ni..dua-dua mata sama tinggi. Tak pa, power tinggi, hati dan semangat pun kena tinggi jugak.🙂

    • Alhamdulillah, ramai yg memuji sate dan kambing bako… Padahal sate tu, penjualnya dok jual kat pasar2 malam sekitar jalan kebun…
      Dalam seminggu dua ni nak kena jenguk2 amani 2 kali kat pusat jagaan tu… Sebabnya derang tak biasa dgn baby. Bila amani melalak, derang mula panik. Harapnya progress amani bagus kat situ..
      Itulah, astig dia agak tinggi tp since dia baby, tidaklah mengganggu sgt sbb dia hny tgk objek dekat je… Dlm masa 2 3 thn nanti munkin kena pakai spek kot… Standard la bdk ds pakai spek…

  2. Salam, banyaknya susu ina… kagum akak… mcmmana jadual ina perah susu ye?.. astigmatism..inysaAllah blh dibaiki sehingga umur lbh kurang 8 thn.. ammar n amni ada astigmatism..so diaorg pakai spec utk treatment..so far alhamdulillah ada improvement… nasib kat sini diaorg ada check up utk bdk 3.5yrs dan kat sekolah.. tu yg tau.. kl tak..tak tau pun anak2 kurang nampak…good luck amani..

    • Akak pun buleh buat… sementara susu tengah banyak dan baby consume sikit, akak perah dan simpan kat freezer.. tahan 3 bulan… saya express sikit je tu, dlm 60ml je setiap botol… Akak try la nanti tau…
      Tu la pasal astig tu, kena tunggu jumpak pakar mata kanak2… nanti dia suggest la kot ape nak buat… bagus kan kalo buleh check kecik2, then amik precaution step… so bila besar takdelah budak merana…

  3. assalam..nak tny …beli bag stoma katne yer?urgent nie.. emel sy yer…sy tggu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: