:: Tinge ok, mata ok ::

image

Dah macam Avatar – the last airbender…

Semalam mama dan amani ke ppum utk appoinment mata dan telinga. Telinga kiri masih ada blockage, jadi technician buat ujian saraf. 3 keping plat dilekat di dahi, belakang telinga kanan & kiri… Sambil amani tidur, alat pengesan gelombang diletak dlm telinga dan wayar disambung ke plat tadi… Wayar sebelah lg disambung ke sistem berkomputer… Amani jadi avatar – the airbender sekejap … Alhamdulillah, saraf pendengaran amani tiada masalah… Mungkin masih byk wax dlm telinga kiri kot..
Lepas tu mama ke bhg mata.. mak oi, dekat seratus pesakit dok tunggu giliran…
Naik kematu bontot menunggu giliran… Alhamdulillah, amani tak buat hal. Dalam keletihan menunggu giliran, seorang cina  perempuan yg agak tua menyapa… Intipati perbualan banyak berkisar tentang penerimaan mama terhadap bayi istimewa amani. Beliau beragama kristian, dan agak kuat pegangannya. Antara soalan2 cepumas yang ditanya ialah:
– How was your condition when she was born?
– How is your relationship with god after that?
– Do you believe Him eventho you can’t see Him?
– What is your believe towards your god?
– Do you love her (amani)
– How about your husband?

With all my answers, lastly she said:

“You really inspired me today… I’m quite depress today but now you and your baby have lightened me up.. God has given your baby not only to you but for every one else to be motivated…”

Terkedu sekejap… Tak tau nak cakap apa…
Tak lama lepas tu, nombor mama dipanggil… Dan daripada pemeriksaan umum mata amani tiada masalah katarak dan dlm keadaan yg baik. Appointmen seterusnya sebulan lagi, doktor akan membuat ujian saraf mata dan juga mengetahui power mata amani. Ini kerana kebanyakan budak ds rabun.. huhuhu…

Sesungguhnya hari semlm sangat meletihkan… Dan esok sekali lagi kena ke ppum untuk scan tulang belakang amani…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on June 5, 2012.

4 Responses to “:: Tinge ok, mata ok ::”

  1. :’) bagus nya..

    • Banyak soalannya lebih kepada menguji hubungan kita dgn Allah.. dia nak tgk apa bezanya kepercayaan dia dengan Jesus dan kita dgn Allah..
      Last statement dia… “wah, banyak sayang woo” bila dia tgk zna cium amani…

  2. 🙂 allah bagi kita ujian sbb sbb DIA tahu kemampuan kita…insyallah. A kiss for Amani🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: