:: Al Fatihah ::

Tak tergambar perasaan
Tak terluah dengan kata-kata
Hanya hati yang kuat mampu menempuhnya
Wahai sang ibu, berungtunglah kamu
Kerana menjadi ibu yang bakal ditunggu
Oleh bayi istimewamu
Yang sedang tenang bersemadi disana….

Baby Akmal dan ibunya bukan siapa2 kepada mama. Tapi kami berkenalan melalui facebook untuk berkongsi info tentang anak sindrom down. Baby Akmal baru 7 bulan. Dua minggu lepas akmal dijadualkan membuang katarak pada sebelah matanya. Yang sebelah lagi telah berjaya dibuang beberapa minggu yg lepas. Namun sudah takdir, bila akmal dijangkiti kuman, beberapa jam berada di wad.

Hari bersilih ganti minggu, keadaan akmal makin kritikal. Hati sebak melihat gambarnya. Hanya doa yg mampu dikirim. Dan semalam baby akmal pulang kepada penciptaNya. Hati diruntun kesedihan. Air mata berjuraian, tidak dapat diseka lagi.

Sebagai ibu kepada bayi istimewa, kita akan berusaha apa sahaja yang kita rasa membawa kebaikan untuknya. Ibu akmal sudahpun mendaftar akmal ke kiwanis. Namun ia akan menjadi kenangan semata.

Semoga mommy akmal tabah… Dan terus kuat untuk meredhakan pemergian putera istimewanya. Sesungguhnya baby akmal amat istimewa … Di dunia dan akhirat.

Al-fatihah….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on May 31, 2012.

2 Responses to “:: Al Fatihah ::”

  1. I saw their stories thru ur fb… sedih sangat kan… dalam sekelip mata, anak yang sihat, jatuh sakit dengan teruknya and pergi meninggalkan kita… she is such a strong mum… al-fatihah untuk arwah baby akmal..

    • Ya sangat sedih… Awalnya ke hospital dgn harapan yg tinggi tp sebaliknya yg berlaku. Tak tahan bila tgk gambar2nya, apatah lagi perasaan ibunya… Apa pun, parents nya amat beruntung kerana anaknya pasti sdg bergembira dan menunggu mereka di syurga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: