:: Rezeki Yang Sudah Tertulis ::

image

Budak montel nih… kat muka je montel..

image

Senarai appointment bulan 6 dan 7.. dalam kad biru tu ade 3 lagi appointment..

Ya Allah, siapa yang sanggup jaga Amani ni? Tempat yang mama target untuk hantar amani rupa-rupanya hanya menerima kanak2 atas 3 tahun… Terkesima mama seketika…

Ada satu lagi pusat jagaan untuk anak2 istimewa tapi mahukah mereka menerima bayi?

Siang tadi mama ke Pusat jagaan harian Ramah seksyen 10. Pengurusnya (juga seorang therapist) seorang perempuan yang agak berumur. Pn Fadillah pernah bekerja di hospital KL. Beliau memanggil pekerja filipina yang menguruskan hal2 umum di situ, dan bertanya samada stafnya mahu menjaga Amani. Beliau mendukung amani, agaknya terbit rasa kasihan (harapnya juga kasih)… Lalu bersetuju untuk menjaga amani. Sesi early intervention dan terapi akan dilakukan oleh staf lain yg berkelayakan. Alhamdulillah… Terima kasih Allah… Walaupun yurannya agak mahal, namun bila termasuk terapi, ia sudah amat baik.

Amani, nanti amani kena bangun awal, mandi dan ikut mama pegi day care tau!

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on May 29, 2012.

6 Responses to “:: Rezeki Yang Sudah Tertulis ::”

  1. Alhamdulillah.. Semoga Amani serasi di situ🙂

  2. Rezeki Amani…Insyallah🙂

  3. alalala…amani dh tembun…geram nye..
    bila la usu leh jumpe amani ni…huhuh…amani tggu ek..t usu dtg utk lawat abg abid sekali…heheheh

  4. Allahu ya Allah, sesungguhnya Engkau maha mendengar rintihan dan permohonan hambaMu… tahniah Ina, akak juga sangat2 gembira tau berita ni… dah lama rasanya tak mencoret di sini. Sekarang dah tak boleh masuk wordpress dari itm…. nanti boleh Ina bekerja dengan hati yang tenang…

    • HAti berdebar2 juga semasa pergi ke seksyen 10. Mereka takde baby… saya harap amani menjadi baby yang disayangi disitu nanti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: